Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

F1 mungkin tukar sistem mata mulai 2025

Apr 24, 2024 | 01:58 PM



LONDON: Pasukan Formula Satu (F1) akan membincangkan saranan untuk melanjutkan kedudukan pemarkahan mata daripada tempat ke-10 kepada tempat ke-12 pada musim depan (2025).


Jurucakap Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan bahawa saranan tersebut, bersama peraturan sukan lain, berada dalam agenda untuk mesyuarat suruhanjaya F1 maya yang diadakan pada 25 April.

Mesyuarat itu melibatkan FIA, badan induk sukan permotoran, dan pemegang hak komersial.

Ia difahamkan bahawa enam daripada 10 pasukan perlu mengundi menyokong, tetapi perbincangan lanjut dijangka diadakan.

Beberapa pihak juga telah menyatakan mereka tidak akan menyekat saranan itu.

Sistem pemarkahan mata semasa, yang dilaksanakan sejak 2010, memberi mata kepada pasukan di kedudukan 10 teratas dalam urutan 25-18-15-12-10-8-6-4-2-1. Saranan itu akan menukarnya kepada urutan 25-18-15-12-10-8-6-5-4-3-2-1.

Sehingga 2003, hanya pasukan enam teratas mendapat mata.

Selepas lima perlumbaan musim ini, tiga pasukan masih belum meraih mata – Williams, Alpine dan Kick Sauber di tempat lapan, sembilan dan 10 masing-masing.

Racing Bulls (RB), yang dimiliki Red Bull, menduduki tempat keenam dengan tujuh mata, manakala Haas menduduki tempat ketujuh dengan lima mata.

RB mendahului ranking dengan 195 mata, manakala Ferrari di tempat kedua dengan 151 mata, McLaren di tempat ketiga dengan 96 mata, Mercedes di tempat keempat dengan 52 mata dan Aston Martin di tempat kelima dengan 40 mata.

Tetapi di bawah saranan tersebut, jika mata diserahkan kepada penamat ke-11 dan ke-12, setiap pasukan akan mendapat mata, dengan kedua-dua Alpine dan Kick Sauber mempunyai dua mata, manakala Williams dengan lima mata.

Pengetua pasukan RB, Laurent Mekies, memberitahu laman Autosport bahawa situasi semasa sukar dijelaskan kepada penaja.


“Jika anda melihat pada tahap daya saing lima pasukan terbaik dan tahap kebolehpercayaan kereta, ini bermakna kebanyakan perlumbaan yang anda bertarung secara teori adalah untuk mendapatkan mata sifar, dan kami rasa ini tidak betul,” katanya.

Pengetua pasukan Haas, Ayao Komatsu, berpendapat bahawa saranan tersebut tidak mempunyai aspek negatif.

“Pada masa ini, kami mempunyai tiga pasukan yang tidak mempunyai mata dan saya rasa ia tidak bagus untuk sukan ini,” katanya.

Di sebaliknya, pemandu telah berbelah bahagi mengenai perkara itu.

Pemandu Haas, Kevin Magnussen, berkata: “Mungkin beri mata kepada semua pemandu – 50 mata kepada penamat pertama dan kemudian menyebarkannya.”

“Ia tidak akan mengubah apa-apa di bahagian atas kedudukan, tetapi akan menjadikan perlumbaan lebih menarik untuk kedudukan lima terbawah.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >