Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TAEKWONDO

Fadzlyn lebih gembira walau tetap raih gangsa di Kemboja

Tidak turun gelanggang Sukan SEA sejak dapat gangsa 2015 dek cedera
May 20, 2023 | 05:53 AM



SUDAH lebih tujuh tahun Nur Fadzlyn Mohd Zahruddin tidak memasuki gelanggang taekwondo Sukan SEA.



Kali terakhir - dan pertama - atlet taekwondo Singapura bagi acara Kyorugi wanita bawah 49 kilogram itu menyertai temasya sukan tersebut ialah pada 2015, apabila beliau memenangi pingat gangsa.



Pada Mac 2017, Fadzlyn mengalami kecederaan ligamen lutut anterior (ACL) sebelah kanan dan terpaksa menjalani pembedahan rekonstruktif, sekali gus musnahlah hasratnya bertanding dalam Sukan SEA tahun itu.



Beliau mengambil masa lebih lima tahun untuk bertarung semula pada tahap tinggi, dan akhiar berjaya memenangi pingat gangsa dalam Sukan SEA Kemboja yang baru berakhir.



Semasa bercerita mengenai kecederaannya itu semasa ditemui Berita Harian selepas perlawanan separuh akhirnya di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, srikandi berusia 25 tahun itu berkata:



"Saya sedang giat berlatih untuk mendapatkan tempat dalam Sukan SEA 2017, tetapi pada Mac tahun itu ACL saya koyak jadi peluang tersebut lenyap."



Menurut Fadzlyn, proses pemulihannya tidak mudah dan beliau tidak dapat melakukan tendangan untuk sekian lama, sedangkan itu adalah penting kerana atlet taekwondo perlu menggunakan ketangkasan kaki.



Beliau perlu menguatkan kembeli otot-otot kakinya dan mengekalkan mutu tendangan dengan kerap melakukan senaman tertentu, di samping proses pemulihan.



"Semasa menjalani proses pemulihan, saya tidak dapat tendang (dengan betul) kerana kaki saya belum pulih sepenuhnya," ujarnya.



Fadzlyn bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga, rakan sepasukan dan Persekutuan Taekwondo Singapura (STF) yang memberinya dorongan semasa proses pemulihan.



Itu membakar semangatnya untuk berusaha lebih gigih.



"Misalnya, bapa saya akan hantar saya ke sekolah (pada waktu itu) sekitar 6 pagi... beliau akan bahagikan masa untuk hantar dan ambil saya. Sedikit sebanyak ia memberi saya motivasi," kata Fadzlyn, yang lulus ijazah sarjana muda Sains Sukan dan Pengurusan daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 2022.



Mengenai prestasinya di Kemboja, Fadzlyn berkata sungguhpun tewas, ia adalah satu pengalaman baik kerana seterunya jauh lebih berpengalaman.



Beliau terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa setelah tewas 0-2 kepada juara Olimpik dari Thailand, Wongpattanakit Panipak.



"Saya rasa sungguhpun warna pingat adalah sama (dengan edisi 2015), saya lebih gembira kali ini, khususnya dari segi prestasi saya berbanding dari Sukan SEA 2015.



"Saya tidak melihat status (Panipak) sebagai juara dunia kerana bagi saya tidak kira siapa saya berdepan, saya hanya tumpukan pada prestasi saya.



"Ini kerana bagi saya, saya bertarung kerana diri saya, keluarga saya dan negara saya," ujar Fadzlyn.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >