Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Faris, Sahil dan Irfan dalam senarai akhir skuad Sukan SEA yang dinamakan Aide

May 27, 2015 | 09:24 PM



DUA bintang muda yang membantu LionsXII menjuarai Piala FA Malaysia hujung minggu lalu, Faris Ramli dan Sahil Suhaimi, seperti yang dijangka mendapat tempat dalam pasukan Bawah 23 Tahun Nasional apabila jurulatih Aide Iskandar, menamakan senarai akhir 20 pemain bagi menerajui cabaran negara di Sukan SEA ini.


Begitupun rakan sepasukan LionsXII, Christopher Van Huizen, serta seorang lagi penyerang berbakat Courts Young Lions, Iqbal Hussain, merupakan antara sembilan pemain yang terlepas senarai akhir untuk mewakili negara di temasya dwitahunan itu dengan pasukan muda Singapura ini akan berusaha memburu pingat emas pertama bola sepak dalam sejarah sukan itu.


Turut dalam senarai akhir itu termasuk beberapa tenaga yang berpengalaman beraksi dengan skuad nasional seperti Shakir Hamzah dan Shahfiq Ghani, di samping pemain-pemain muda berbakat, Adam Swandi dan Irfan Fandi.


"Tahniah kepada para pemain yang terpilih dalam senarai akhir 20 pemain ini," ujar Aide.


"Mereka semuanya sedar bahawa ini sekadar langkah pertama mereka dalam perjalanan di Sukan SEA ini. Mereka perlu kekal fokus dan menunjukkan disiplin tinggi.


"Kami menjalani latihan fasa akhir dengan baik yang membantu meningkatkan tahap kecergasan para pemain yang kini bekerja keras untuk mencapai tahap prestasi terbaik masing-masing.


"Semangat berpasukan juga tinggi sekali dan mereka fokus dan tidak sabar untuk turun beraksi dalam perlawanan pertama kami menentang Filipina," tambah Aide, sambil mearik perhatian kepada perlawanan pembukaan anak didiknya di Stadium Jalan Besar pada Isnin depan.


Jurulatih berusia 3 tahun itu bagaimanapun akur keputusan mengetepikan sembilan pemain daripada skuadnya itu adalah antara keputusan yang paling sukar yang dibuatnya sepanjang kerjaya jurulatihnya.


"Jurulatih lain dan saya runsing dibuatnya. Keputusan mengetepikan sembilan pemain itu begitu sukar sekali kerana persaingan bagi posisi-posisi mereka begitu sengit.


"Sebagai bekas pemain, saya tahu bagaimana kecewanya mereka yang tidak terpilih. Saya ingin menjelaskan bahawa ini tidak bermakna berakhir kerjaya mereka semata-mata tidak terpilih ke Sukan SEA. Mereka masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang di hadapan mereka. Ada di kalangan mereka masih boleh beraksi di satu atau dua edisi Sukan SEA yang selanjutnya," tambah Aide.


Selain Filipina, skuad Bawah 23 Tahun Nasional diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Myanmar, Indonesia dan Kemboja.


Singapura tidak pernah memenangi pingat emas acara bola sepak sejak temasya ini - yang dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (Seap) - bermula pada 1959.


Kali terakhir skuad negara melayakkan diri ke final ialah Sukan SEA 1989, tetapi mereka tewas kepada tuan rumah, Malaysia, 1-3, dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.


Singapura turut terlepas emas apabila kecundang dalam final di Sukan SEA 1985 dan 1983.


Senarai 20 pemain:


Penjaga gawang: Syazwan Buhari, Rudy Khairullah


Pertahanan: Shakir Hamzah, Al-Qaasimy Rahman, Sheikh Abdul Hadi, Fadli Kamis, Amirul Adli, Ho Wai Loon


Midfield: Faris Ramli, Safirul Sulaiman, Stanely Ng, Anumanthan Mohan Kumar , Adam Swandi , Suria Prakash, Pravin Guanasagaran


Penyerang: Shahfiq Ghani, Sahil Suhaimi, Shamil Sharif, Irfan Fandi, Amy Recha Pristifana




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >