Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fifa, Jokowi setuju semak langkah keselamatan stadium

Indonesia akan roboh dan bina semula Stadium Kanjuruhan di mana rempuhan maut berlaku
Oct 19, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) Encik Gianni Infantino dan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, semalam bersetuju untuk menilai semula langkah keselamatan dalam stadium-stadium di seluruh negara itu, selepas lebih 130 orang mati akibat rempuhan orang ramai dalam satu perlawanan awal bulan ini.



Encik Jokowi juga berkata bahawa Indonesia akan merobohkan dan membina semula Stadium Kanjuruhan di Jawa Timur, yang mana berlakunya rempuhan maut itu.



"Stadium Kanjuruhan di Malang... Kami akan merobohkannya dan membina semula mengikut piawaian Fifa," kata Encik Jokowi kepada wartawan di istana negara semalam selepas bertemu Encik Infantino, ketua badan pentadbir bola sepak dunia itu.



Polis yang melepaskan gas pemedih mata ke atas padang - iaitu langkah kawalan orang ramai yang diharamkan oleh Fifa - telah dipersalahkan bagi rempuhan itu, yang berlaku selepas satu perlawanan dalam Stadium Kanjuruhan pada 1 Oktober.



Encik Jokowi berkata beliau telah bersetuju dengan Encik Infantino mengenai perubahan ketara kepada cara sukan itu diuruskan di Indonesia.



"Kami bersetuju untuk mengubah secara menyeluruh bola sepak Indonesia," kata Encik Jokowi.



"Setiap aspek persiapan... perlu berdasarkan piawaian Fifa."



Encik Infantino berada di Jakarta untuk bertemu Encik Jokowi setelah Indonesia dan Fifa bersetuju untuk membentuk sebuah pasukan bertindak menyusuli tragedi stadium tersebut, dan untuk mempersiapkan negara Asia Tenggara itu sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia Bawah 20 Tahun pada tahun depan.



Bercakap bersama Encik Jokowi, Infantino berkata keutamaan pertama Fifa adalah untuk memastikan keselamatan pemain dan peminat di negara Asia Tenggara itu.



"Ini adalah sebuah negara bola sepak, sebuah negara di mana bola sepak adalah minat untuk lebih 100 juta orang," katanya.



"Kami terhutang budi kepada mereka bahawa apabila mereka menonton perlawanan mereka selamat dan terjamin.



Encik Infantino, yang menghadiahkan Encik Jokowi jersi merah Fifa dengan namanya tertera di atasnya, berkata badan bola sepak global itu akan bekerjasama rapat dengan pemerintah untuk memastikan semua stadium memenuhi keperluan keselamatan, dan Piala Dunia Bawah 20 tahun berjalan lancar tahun depan.



Di bawah tekanan untuk menjelaskan apa yang menyebabkan kepada salah satu bencana stadium paling maut di dunia, sebuah pasukan pencari fakta dibentuk oleh pemerintah mengeluarkan laporan minggu lalu yang menyimpulkan bahawa penggunaan gas pemedih mata yang "berlebihan" dan "sembarangan" adalah punca utama kematian.



Ketika peminat cuba untuk keluar dari stadium selepas kekalahan pasukan tuan rumah Arema FC kepada Persebaya Surabaya, mereka terperangkap dalam rempuhan maut, dengan ramai, termasuk lebih 40 kanak-kanak bawah umur, mati akibat sesak nafas.



Laporan itu juga mengenal pasti faktor penyumbang lain, termasuk stadium yang dipenuhi melebihi kapasiti, pintu keluar terkunci, dan desakan oleh pegawai liga untuk mengadakan perlawanan pada waktu malam baik mendapatkan rating lebih baik untuk penyiar tempatan, walaupun terdapat permintaan oleh polis untuk mengadakan perlawanan antara dua pasukan musuh itu di siang hari. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >