Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Formula 1: Lewis Hamilton hidupkan peluang dengan juarai perlumbaan AS

Oct 24, 2016 | 07:25 AM



AUSTIN: Juara bertahan, Lewis Hamilton, menghidupkan peluangnya menjulang kejuaraan dunia keempat pada Ahad (23 Okt) apabila beliau mengecap kemenangan Formula One pertama dalam enam perlumbaan dan ke-50 dalam kerjayanya di Grand Prix Amerika Syarikat.



Juara dunia tiga kali itu memandu dengan bersih dari petak ke-58 untuk menamatkan perlumbaan lebih awal daripada rakan sepasukan Mercedesnya, yang juga pendahului kejuaraan, Nico Rosberg.



Ia kemenangan keempat Hamilton di Litar Amerika di Texas dan kelima dalam Grand Prix Amerika, menyamai rekod juara dunia tujuh kali dari Jerman, Michael Schumacher.



Daniel Ricciardo daripada Red Bull di tempat ketiga.



Kemenangan Hamilton mengurangkan jurangnya dengan Rosberg daripada 33 kepada 26 mata, dengan baki tiga perlumbaan.



Sekalipun Hamilton menang semua tiga perlumbaan itu, Rosberg boleh merampas mahkota dunia daripadanya jika beliau menduduki tempat kedua dalam setiap satu daripada tiga perlumbaan itu.



Sebastian Vettel menduduki tempat keempat, sedang rakannya daripada Ferrari, Kimi Raikkonen, terpaksa berundur apabila beliau meninggalkan pit dengan roda belakang longgar.



Rakan sepasukan Ricciardo, Max Verstappen, juga berundur disebabkan kegagalan mekanikal, membuat juara dua kali, Fernando Alonso daripada McLaren-Honda, menduduki tempat kelima. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >