Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Formula Satu: Dua granstan tambahan bagi GP Singapura

Tiket harga bermula $1,188
Apr 17, 2023 | 12:12 PM



DUA granstan tambahan akan ditawarkan bagi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura Singapore Airlines 2023.





Dalam kenyataannya penganjur berkata ini kerana permintaan bagi tiket amat tinggi, dengan tiket bagi 12 kategori penonton telah habis dijual atau hampir habis.





“Granstan tambahan juga akan mengurangkan kesan jumlah penonton keseluruhan yang dikurangkan disebabkan penutupan Bay Grandstand yang berada dalam kawasan pentas terapung The Float di Marina Bay yang sedang dibangunkan semula.





“Promoter GP Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan pihak berkuasa setempat untuk mengenal pasti tapak baru untuk mendirikan grandstan dan tempat penonton tambahan,” kata penganjur dalam kenyataannya.





Menurut kenyataan itu, tempat duduk terhad kini disediakan di dua granstand terbaru – the Sheares (Selekoh 1); Promenade (antara Selekoh 17& 18); serta di Pit Entry Grandstand (Selekoh 19).





Grandstan baru itu akan membolehkan semua pemilik tiket akse ke semua zon dalam Taman Litar, dan dijal dengan harga bermula $1,188.





Pada Isnin, 17 April, penganjur juga melepaskan untuk dijual tiket sehari bagi Zon 4 dan tiket Premier Walkabout, dengan harga bemula dari $128.





Semua pemilik tiket walkabout akan diberi laluan menonton perlumbaan dari tempat tontonan yang didirikan di kawasan strategik, kata penganjur.





GP Singapura berlangsung 15-17 September. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >