Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gelombang haba dikhuatiri jejas temasya Olimpik Paris 2024

Feb 12, 2024 | 05:30 AM



PARIS: Haba musim panas masih belum dirasakan di Paris pada masa ini sedang cuaca sejuk menyelubungi bandar tersebut.


Bagaimanapun, dalam enam bulan akan datang, apabila para atlet berkumpul bagi temasya Olimpik, ibu kota Perancis itu dijangka mengalami gelombang haba dan ini mungkin menimbulkan masalah kepada pihak penganjur.

Hasil satu kajian baru yang menumpukan kepada simulasi iklim yang menjangkakan suasana dahsyat gelombang haba semasa Olimpik Paris 2024, telah mengeluarkan amaran bahawa kawasan utama pelancong sedunia itu bakal berhadapan dengan kemungkinan suhu amat tinggi.

Kajian tersebut, yang diterbitkan pada Disember dalam jurnal Npj Climate and Atmospheric Science, meninjau risiko gelombang haba selama dua minggu yang akan mencapai suhu tinggi – satu rekod cuaca paling panas yang pernah dialami Paris sejak 2003.


“Dalam 20 tahun, iklim telah berubah dan ideanya adalah untuk memberi amaran kepada penggubal dasar bahawa sesuatu yang lebih buruk daripada 2003 boleh berlaku, dan ini kemungkinan akan berlaku,” kata penyelidik utama, Dr Pascal Yiou.

“Dalam abad ke-20, tidak mungkin ia boleh berlaku, tapi kini bukan sahaja kita akan menyamai rekod tersebut, malah melepasi rekod itu dengan kemungkinan yang tinggi,” tambahnya.

Satu kajian berasingan yang disiarkan dalam jurnal Lancet Planet Health pada Mei 2023 mendapati Paris mempunyai kadar kematian berkaitan haba tertinggi dalam kalangan 854 bandar Eropah, sebahagiannya akibat kurang ruang menghijau selain penduduk yang ramai.


Perangkaan juga menunjukkan sekitar 15,000 orang meninggal dunia pada 2003, ramai antara mereka adalah warga senja yang tinggal sendirian, lantas menimbulkan keprihatinan nasional.

Sepanjang lima tahun lalu, Paris menghadapi satu siri musim panas yang teruk dengan suhu mencecah rekod tertinggi.

Antaranya pada Julai 2019, perkhidmatan cuaca Meteo-Perancis mencatatkan suhu 42.6 darjah Celsius di Paris.

Penganjur temasya Olimpik Paris 2024, yang akan berlangsung daripada 26 Julai hingga 11 Ogos, dan temasya Paralimpik yang akan bermula lewat Ogos, berkata mereka amat menyedari akan risiko berkaitan iklim terhadap sukan itu.

“Gelombang haba dan cuaca amat panas juga adalah faktor yang kami ambil kira dan kami buat persiapan menyeluruh mengenainya, dalam usaha mengambil tindakan yang diperlukan kelak,” kata seorang jurucakap.

Pasukan operasi telah melakukan simulasi yang menimbangkan kemungkinan mengalihkan acara di kawasan terbuka untuk dimulakan lebih awal atau lebih lewat dalam usaha mengelakkan haba tengah hari.

Acara atletik terutamanya maraton selain tenis dan bola tampar pantai dikatakan amat terdedah kepada kesan sinaran mentari dan suhu yang tinggi.

Para atlet muda dan yang cergas mungkin dapat lebih bertahan berbanding para penonton yang mungkin terpaksa beratur panjang untuk masuk ke kawasan pertandingan dan mungkin juga berada dalam kawasan terbuka selama berjam lamanya.

Ketua agensi Perancis yang bertanggungjawab membangunkan tempat bagi Olimpik, Nicolas Ferrand, meyakinkan Senat semua kemudahan dalam kawasan tertutup telah dibina dengan kesan haba sejagat diambil kira.

“Kami periksa semua bangunan kami demi mencapai keselesaan pada musim panas 2050,” katanya pada Januari.

Satu lagi yang diberi perhatian adalah tempat tinggal atlet di utara Paris yang telah dibina tanpa pendingin hawa sebagai sebahagian usaha mencapai piawai persekitaran baru bagi Sukan Paris itu.

Sebaliknya blok-blok menara di tepi sungai itu akan menawarkan sistem penyejukan geoterma yang semula jadi, selain penghadang sinaran, kawasan tanaman dan pengaliran angin. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >