Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMINDAHAN PEMAIN

Gianluca Scamacca sertai West Ham

Jul 28, 2022 | 07:39 AM



LONDON: West Ham telah mendapatkan tanda tangan penyerang warga Italy Gianluca Scamacca dari Sassuola dengan harga £30.5 juta ($51 juta).



Scamacca menyertai kelab Liga Perdana England (EPL) itu dengan mengikat kontrak lima tahun yang boleh dilanjutkan lagi setahun.



Pemain berusia 23 tahun itu adalah penjaring gol kedua terbanyak dalam Serie A Italy pada musim lalu.



Beliau menjaringkan 16 gol dalam 36 perlawanan.



"Saya telah menanti begitu lama bagi saat ini... ia adalah impian saya untuk beraksi dalam EPL," kata Scamacca.



"Saya begitu ghairah untuk menyertai West Ham kerana ia adalah pasukan yang terbaik bagi diri saya. Mereka telah menunjukkan mereka ingin mendapatkan khidmat saya dan saya mempunyai persefahaman yang baik dengan pengurusnya.



"Buat masa ini, saya tidak sabar hendak menyarung jersi kelab dan menunjukkan kepada penyokong apa yang boleh saya lakukan bagi kelab ini," ujar beliau lagi.



Scamacca, yang turut dikaitkan dengan kelab-kelab seperti Paris St Germain dan Juventus pada musim ini, pernah menyertai akademi Lazio dan Roma sebelum berpindah ke PSV Eindhoven di Belanda.



Selepas 18 bulan, beliau kembali ke Italy untuk menyertai Sassuolo.



Buat masa ini, Scamacca telah mewakili negaranya sebanyak tujuh kali, termasuk semasa Italy seri 0-0 dengan England dalam perlawanan Liga Negara-Negara di Molineux pada bulan lalu.



Beliau adalah pemain keempat menyertai West Ham pada musim panas ini.



Selain Scamacca, David Moyes juga telah membeli pemain pertahanan Nayef Aguerd, pemain midfield Flynn Downes dan penjaga gawang Alphonse Areola. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >