PIALA FA ENGLAND

Gol Welbeck singkir Man Utd dari Piala FA, bantu Arsenal menang 2-1 di Old Trafford

DANNY WELBECK kembali ke Old Trafford sebagai wira Arsenal selepas menjaringkan gol kedua dalam kemenangan 2-1 ke atas Manchester United di suku akhir Piala FA pagi Selasa.

Keputusan itu menentukan Arsenal mara ke separuh akhir di Wembley, sementara menghapus peluang terakhir bagi United memenangi piala musim ini.

Welbeck, yang berpindah dari Arsenal ke United September lalu dengan harga £16 juta ($33.4 juta) menjaringkan go kedua itu pada minit ke-61 - sekali gus menjamin kemenangan pertama buat Arsenal di Old Trafford sejak 2006. Beliau dijual oleh Louis Van Gaal selepas United mendapat khidmat Radamel Falcao, yang cergas tetapi tidak dinamakan dalam skuad semalam.

Gol pertama perlawanan dijaringkan Arsenal menerusi Nacho Monreal pada minit ke-29, sebelum Wayne Rooney menyamakan kedudukan dengan tandukan kencaang enam minit kemudian.

Dengan jaringan terikat 1-1 dalam babak kedua, Welbeck mengambil kesempatan kecuaian Antonia Valencia - yang menghantar bola terlalu lemah kepada penjaga gawang David De Gea - bagi menyambar bola dan menjaringkan gol kedua perlawanan.

Tugas United menyamakan kedudukan menjadi lebih sukar apabila Angel Di Maria dilayang kad merah 13 minit sebelum wisel penamat.

Pemain asal Argentina itu baru sahaja dilayangkan kad kuning oleh pengadil Michael Oliver - kerana berpura-pura dikasari - apabila beliau sendiri berkelakuan kasar dan menarik baju Oliver, yang tiada pilihan lain dan memberinya kad kuning kedua.

Arsenal menyertai Aston Villa di separuh akhir, dengan Liverpool, Blackburn, Bradford dan Reading yang seri dalam suku akhir masing-masing, bersaing bagi dua tempat terakhir.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.