Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

embargo 7pm

Hampir $2.3j ganjaran diberi kepada pemenang pingat Sukan SEA, Asia

Nov 29, 2023 | 07:36 PM



Ganjaran tunai bernilai hampir $2.3 juta telah disampaikan kepada atlet Singapura bagi pencapaian mereka dalam temasya sukan utama pada 2023.

Di majlis Penyampaian Anugerah Program Anugerah Temasya Sukan Utama (MAP) dan Makan Malam Penghargaan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) di Timber+ One North pada Rabu, srikandi pecut negara, Shanti Pereira, muncul sebagai pemenang terbesar.

Pereira, 27 tahun, memperoleh sejumlah $315,000. 

Dua pingatnya – sebutir emas dan perak – dalam Sukan Asia Hangzhou pada Oktober memberikan Pereira $300,000, ditambah $15,000 hasil kemenangan dua pingat emas di Sukan SEA Kemboja pada Mei. 

Kemenangan pingat emas di Sukan Asia mendapat ganjaran $200,000, manakala pingat perak $100,000.

Pingat emas yang diraih di Sukan SEA mendapat ganjaran $10,000, manakala pingat emas kedua adalah $5,000.

Sementara itu, perenang negara pula menerima sejumlah $410,000 menerusi kemenangan 22 pingat emas di Sukan SEA dan sebutir pingat perak Sukan Asia Teong Tzen Wei.

Pesilat negara pula menerima sejumlah $25,000 hasil kemenangan dua pingat emas di Sukan SEA. Sheik Farhan Sheik Alau’ddin diberikan $10,000, manakala regu seni wanita – yang terdiri daripada Iffah Batrisyia, Ashikin Zulkifli dan Amirah Sahrin – menerima $15,000.

Secara keseluruhan, $1.7 juta disampaikan kepada pemenang pingat di Hangzhou, dan $595,000 untuk mereka yang naik ke podium di Kemboja.

Pemangku presiden SNOC, Jessie Phua berkata:

“Pada temasya sukan ini, kita menyaksikan kegigihan atlet kita untuk berdiri di antara yang terbaik di rantau ini dan keazaman mereka untuk mendapat tempat di podium. 

“Atlet, kami berharap pengalaman ini telah meningkatkan keinginan dan rasa dahaga anda untuk mengejar impian yang lebih besar dan mencapai tahap lebih tinggi.”

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, yang juga penaung SNOC; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong; dan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, yang juga anggota Jawatankuasa Eksekutif SNOC.

MAP adalah skim insentif untuk memberi ganjaran kepada pemenang pingat di Sukan SEA, Komanwel, Asia dan Olimpik.

Ganjaran tunai itu ditaja Tote Board.

Penerima ganjaran juga perlu memberi 20 peratus daripada jumlah anugerah MAP mereka kepada Persatuan Sukan Nasional masing-masing bagi tujuan latihan dan pembangunan masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >