Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS WIMBLEDON

Hampir tarik diri tapi Nadal lawan sakit untuk catat kemenangan

Jul 08, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Jaguh tenis Sepanyol, Rafael Nadal, mengatasi kecederaan untuk bangkit menumbangkan Taylor Fritz dan mara ke separuh akhir Wimbledon kelmarin.



Nadal, yang meminta masa rehat untuk menerima rawatan perubatan pada penghujung set kedua dan bergelut dengan pergerakannya untuk tempoh yang lama semasa pertarungan, akhirnya menang 3-6 7-5 3-6 7-5 7-6 (10-4).



Kemenangan itu meletakkan Nadal di laluan yang tepat untuk menyapu semua kejuaraan Grand Slam tahun ini dan meletakkannya di pusingan separuh akhir menentang lawan dari Australia, Nick Kyrgios.



Nadal, yang membalut perutnya semasa perlawanan sebelum ini, sekali lagi diganggu oleh masalah yang sama.



Soalan pertama yang dihadapinya selepas kemenangan dalam perlawanan di Centre Court itu, yang pada satu ketika kelihatan seperti beliau mungkin akan menarik diri, adalah 'bagaimana anda melakukannya?'



"Saya tidak tahu," kata jaguh veteran berusia 36 tahun itu.



"Badan saya secara amnya baik, tetapi secara jujurnya, di (bahagian) perut ada sesuatu yang rasa tidak kena. Saya terpaksa mencari cara untuk melakukan servis yang berbeza daripada selalunya.



"Terlintas juga fikiran mungkin saya tidak akan dapat menamatkan pertarungan tetapi disebabkan semangat penonton... (saya teruskan)... terima kasih di atas sokongan anda."



Nadal, juara Wimbledon pada 2008 dan 2010, berkata dalam sidang media selepas perlawanan bahawa beliau tidak pasti mengenai pembabitan seterusnya dalam kejohanan itu, walaupun beliau menyasarkan gelaran ketiga Grand Slam tahun ini.



"Saya tidak boleh memberikan anda jawapan jelas kerana jika saya memberikannya dan esok perkara lain terjadi, saya akan dianggap berbohong," katanya.



Nadal, yang diberikan ubat penahan sakit ketika perlawanan itu, berkata beliau akan menjalani ujian sebelum membuat keputusan sama ada atau tidak terus bermain di Kelab All England.



Pemain nombor empat dunia itu mengakui ayah dan adiknya memintanya menarik diri daripada aksi suku akhir menentang Fritz tetapi beliau "tidak suka" dengan idea berkenaan.



"Saya cuba berjuang. Bagi saya, ia sukar untuk menarik diri di tengah-tengah pertarungan.



"Saya pernah berbuat sedemikian beberapa kali dalam kerjaya tenis saya... ia sesuatu yang saya tidak suka lakukan. Jadi, saya terus mencuba," tambahnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >