Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hariss gesa Singa terus 'pandang ke hadapan'

Kapten Singa lahir harapan skuad tunjuk peningkatan apabila 'buka era baru' di Siri 3 Negara FAS
Mar 24, 2022 | 05:30 AM



KAPTEN Singapura, Hariss Harun, berkata pasukan Singa akan memandang ke depan dan terus membina rentak daripada persembahan mantapnya di Piala Suzuki AFF Disember lalu, sedang ia memulakan era baru menyusuli pengunduran bekas ketua jurulatih pasukan nasional Singapura Tatsuma Yoshida.



Singapura akan menjadi tuan rumah menentang musuh ketat, Malaysia, dan Filipina dalam satu siri perlawanan persahabatan 'A', yang dipanggil Siri Tiga Negara Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), yang bermula malam tadi dengan pertemuan antara Malaysia dengan Filipina.



Siri perlawanan persahabatan itu adalah perlawanan pertama sejak Yoshida, 47 tahun meletak jawatan lewat Disember lalu untuk kembali ke Jepun dan kini memimpin kelab Liga J2, Ventforet Kofu.



Ditemui selepas latihan di padang Geylang semalam, Hariss 31 tahun, berkata: "Ia mendukacitakan untuk melihat dia (Yoshida) pergi, beliau amat dihormati dan disayangi ramai orang di sini terutama pemain. Tapi, lembaran itu kini sudah ditutup.



"Kami harus memandang ke hadapan dan cuba berfikiran positif, mengekalkan perkara baik yang telah diajarnya dan cuba mempertingkatkan diri."



Di Siri Tiga Negara FAS, skuad nasional akan dipimpin ketua jurulatih sementara, Nazri Nasir, kali kedua bekas pemain nasional itu diberi jawatan tersebut.



Pada 2019, Nazri turut menggalas jawatan itu di Piala Airmarine yang diadakan di Malaysia, di mana Singapura menewaskan Malaysia 1-0, sebelum tewas 4-5 kepada Oman melalui sepakan penalti selepas jaringan terikat 1-1 di akhir 90 minit.



Hariss menambah bahawa Nazri mempunyai sokongan semua pemain bagi siri perlawanan persahabatan ini, sedang FAS memilih ketua jurulatih baru pasukan Singa yang dijangka diumumkan bulan depan.



"Kami tahu gaya permainan dan jangkaannya (Nazri) untuk kami. Dia seorang legenda yang dihormati, bekas kapten pasukan nasional dan pemain yang hebat. Sebagai pemain profesional, kami akan memberikan yang terbaik dan sokongan sepenuhnya," kata tunggak midfield Singa dan kelab Lion City Sailors itu.



Hariss juga menekankan pentingnya untuk pasukan kekal bersatu seperti semangat yang dipaparkan di Piala Suzuki ketika Singapura berjaya ke separuh akhir kejohanan buat pertama kali sejak 2012.



"Kami sasar untuk menang kedua-dua perlawanan. Ia tidak mustahil... walaupun Malaysia dan Filipina menduduki ranking lebih tinggi. Kami akan menghadapi cabaran ini dengan fikiran terbuka dan inilah cara untuk kami mencapai ke tahap yang lebih tinggi," kongsinya.



Nazri memilih skuad seramai 26 pemain bagi siri perlawanan ini. Namun, dua pemain Iqram Fikri (diuji positif Covid-19) dan M. Anumanthan (masalah keluarga) telah menarik diri daripada skuad, kata FAS dalam kenyataannya semalam. Nazri tidak akan menggantikan kedua-dua pemain itu.



Baki skuad 24 pemain menampilkan beberapa muka baru dan pemain yang telah lama tidak disertakan dalam pasukan nasional.



Taufik Suparno dan Christopher van Huizen, yang kini menunjukkan prestasi baik untuk Tampines Rovers dalam Liga Perdana Singapura disertakan semula. Taufik dan Christopher masing-masing kali terakhir menyarung jersi negara pada November 2015 dan Mac 2016.



Dua pemain muda, Ryaan Sanizal dan Shah Shahiran, mendapat panggilan sulung mereka ke dalam skuad senior.



Shah, 22 tahun, yang beraksi untuk Singa Muda, berkata beliau tidak menjangka diberi peluang menyertai pasukan nasional pada tahap awal kerjayanya ini.



"Ia adalah impian saya untuk bermain dalam pasukan negara... saya ingin berusaha gigih apabila tampil buat pertama kali di tahap ini," kata beliau, yang pernah juga mewakili negara di peringkat usia bawah 14 hingga 18 dan bawah 23 tahun.



Singapura, pasukan ranking dunia nombor 161, berdepan Malaysia (nombor 154) Sabtu ini, sebelum bertemu Filipina (nombor 129) Selasa depan. Semua perlawanan diadakan di Stadium Negara pada 8 malam.




BOLA SEPAK SETEMPAT Skuad Singapura:



Penjaga gol: Hassan Sunny, Izwan Mahbud (Lion City Sailors), Syazwan Buhari (Tampines Rovers) & Zaiful Nizam (Geylang International)



Pemain pertahanan: Amirul Adli, Irfan Fandi (BG Pathum), Nazrul Nazari (Hougang United), Ryaan Sanizal (Tampines), Safuwan Baharudin (Selangor FC) & Zulqarnaen Suzliman (Young Lions)



Pemain midfield: Adam Swandi, Hami Syahin, Hariss Harun, Shahdan Sulaiman, Song Uiyoung (Sailors), Christopher van Huizen (Tampines), Shah Shahiran (Young Lions) & Zulfahmi Arifin (Hougang)



Penyerang: Amy Recha, Shawal Anuar (Hougang), Hafiz Nor (Sailors), Ikhsan Fandi (BG Pathum), Ilhan Fandi (Young Lions) & Taufik Suparno (Tampines)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >