Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ibrahimovic bersara pada usia 41 tahun

Jun 05, 2023 | 07:38 PM



MILAN: Pemain sensasi AC Milan, Zlatan Ibrahimovic, telah bersara pada usia 41 tahun, mengakhiri salah satu era moden bola sepak.


“Saya mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak, tetapi bukan kepada anda,” kata pemain asal Sweden itu di Stadium San Siro kepada para penonton, selepas mengakhiri permainan terakhirnya dalam musim ini Ahad lalu.

Ibrahimovic telah mengumumkan sebelum ini bahawa beliau akan meninggalkan kelab itu.

Secara keseluruhannya, Ibrahimovic menjaringkan 511 gol untuk kelab seperti Paris St-Germain (PSG), Manchester United dan kededua AC serta Inter Milan, dan memenangi kejuaraan liga di empat negara.

Beliau mula menyarung jersi AC Milan buat kali kedua pada awal 2020, selepas memenangi kejuaraan liga Italy bersama pasukan itu pada 2011, dan kemudian sekali lagi membantu pasukan itu memenangi kejuaraan yang sama pada musim lalu.

Namun untuk musim kali ini, beliau hanya bermain empat kali dan hanya sekali memulakan kesebelasan utama untuk pasukan Serie A itu – menyusuli pelbagai kecederaan yang dialaminya, dan kontraknya dijadual tamat menjelang akhir bulan ini.

“Terlalu banyak emosi yang dirasai saya ketika ini. Selamat tinggal,” kata Ibrahimovic, yang begitu emosi, sambil menahan air matanya.

“Kali pertama saya ke sini, anda memberi saya kebahagiaan dan kedua kali anda memberi pula saya kasih sayang.

“Anda menerima saya dengan tangan terbuka, dan anda membuat saya berasa seperti di rumah, dan pastinya saya akan menjadi peminat anda untuk seumur hidup saya,” tambahnya.

Ibrahimovic memenangi 34 trofi – termasuk 14 kejuaraan liga – dalam kerjaya yang bermula abad lalu, dan telah dicalonkan bagi anugerah Ballon d-Or sebanyak 11 kali.

Hanya satu trofi yang gagal diperolehinya – Liga Juara-Juara.

Namun, beliau berupaya menjulang trofi Liga Europa semasa bersama Manchester United pada 2017.

Beliau juga merupakan penyerang dengan jaringan terbanyak buat pasukan negaranya, Sweden, dengan menjaringkan 62 gol antarabangsa dalam 122 perlawanan.

Pemain itu menarik diri daripada pasukan nasional Sweden selepas Euro 2016 namun kembali pada 2021, tetapi negaranya gagal melayakkan diri ke Piala Dunia.

“Saya pernah berasa cemas apabila wartawan bertanya tentang masa depan saya, tetapi sekarang saya boleh menerimanya kerana saya sudah bersedia,” kata Ibrahimovic kepada wartawan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >