Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jutawan Joe Lewis mengaku salah atas dagangan dalaman

Jan 29, 2024 | 05:30 AM



MANHATTAN: Jutawan Britain, Joe Lewis, yang memiliki kelab bola sepak Tottenham Hotspur di bawah amanah keluarganya, telah mengaku bersalah atas dagangan dalaman di satu mahkamah Amerika Syarikat.


Lewis, 86 tahun, dituduh menyalurkan maklumat tentang syarikatnya kepada juruterbang peribadinya, sahabat, penolong peribadi serta pasangan romantiknya.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata, penipuan itu membawa keuntungan sehingga berjuta dolar.

Lewis mengaku salah kerana bersekongkol dan dua tuduhan penipuan sekuriti sebagai sebahagian daripada satu perjanjian dengan pihak pendakwa raya.

Lewis mengasaskan firma pelaburan Tavistock Group, yang memiliki banyak syarikat hartanah, sukan, kewangan, tenaga dan sains kehidupan.

Beliau diletakkan dalam ranking ke-39 dalam Senarai Kaya Sunday Times 2023, dengan anggaran nilai harta mencecah lebih £5 bilion ($8.5 bilion).

Beliau diberkas pada Julai 2023 dan didakwa atas 16 tuduhan penipuan sekuriti dan tiga tuduhan bersekongkol.

Pihak pendakwa raya menyatakan bahawa antara 2013 dengan 2021, beliau didakwa menyalah guna akses beliau kepada bilik lembaga korporat dan menyalurkan butiran dalaman kepada kenalannya.

Peguam negara Amerika, Damian Williams, berkata kenalan-kenalan tersebut meraih jutaan dolar menerusi taruhan “pasti” dalam pasaran saham.

Seperti contoh, menurut satu kertas dakwaan, Lewis memberitahu seorang temanitanya untuk melabur dalam sebuah syarikat bioteknologi pada Julai 2019, sebelum keputusan satu percubaan klinikal oleh syarikat itu diumumkan kepada awam.

Beliau kemudian didakwa log masuk sendiri akaun wanita itu dan menggunakan AS$700,000 ($938,000) untuk melabur ke syarikat itu, lantas meraih keuntungan sebanyak $849,000.

Dalam satu kes lain, Lewis didakwa menyalur AS$500,000 setiap seorang kepada juruterbang peribadinya, Patrick O’Connor dan Bryan Waugh, untuk membeli saham dalam syarikatnya, selepas memberitahu mereka maklumat rahsia.

Menyusuli pinjaman itu, O’Connor didakwa menghantar pesanan ringkas kepada seorang rakannya:

“Bos pinjamkan Marty dan saya $500,000 setiap seorang bagi ini” dan “Bos mempunyai maklumat dalaman... jika tidak mengapa beliau akan arah kami melabur.”

O’Connor dan Waugh juga telah didakwa dengan penipuan sekuriti.

Kertas tuduhan itu menyenaraikan insiden dakwaan lain di mana Lewis memberitahu rakan-rakannya, temanitanya dan pekerjanya untuk melabur dalam saham berdasarkan maklumat dalaman.

Pihak pendakwa raya juga berkata sebagai sebahagian daripada rancangan tersebut, Lewis telah menyembunyikan saiz sebenar pemilikannya dalam syarikat Mirati Therapeutics.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian rayuannya, salah sebuah syarikat Lewis, Broad Bay Ltd, juga mengaku bersalah kepada penipuan sekuriti dan didenda AS$50 juta.

Di mahkamah Manhattan pada 24 Januari, Lewis mengakui apa yang dilakukannya adalah salah.

“Saya amat malu dan memohon maaf kepada mahkamah di atas sikap saya,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >