Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Spurs, Man U seri; Postecoglou gembira tapi ten Hag kecewa

Jan 15, 2024 | 04:12 PM



MANCHESTER: Manchester United seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur (Spurs) dalam Liga Perdana England (EPL) pada 15 Januari.


Ini merupakan keputusan yang mengecewakan bagi United di bawah bimbingan Erik ten Hag yang mendahului perlawanan dua kali tetapi Spurs membuat serangan balas untuk menyamakan kedudukan dengan permainan agresif mereka.

Gol pendahuluan awal Rasmus Hojlund dibalas balik menerusi jaringan Richarlison dan Rodrigo Bentancur menyamakan kedudukan sekali lagi selepas Marcus Rashford meletakkan United di hadapan.

Spurs, yang mempunyai beberapa pemain yang sakit minggu ini, kekal di tempat kelima Liga Perdana, dengan 40 mata.

Spurs mempunyai sama mata bersama Arsenal, tetapi Spurs telah bermain satu perlawanan lebih berbanding Arsenal.

“Sangat gembira,” kata pengurus Spurs, Ange Postecoglou kepada media.

“Kami selalu ingin memenangi perlawanan tetapi saya tetap bangga dengan pemain saya,”

“Mereka perlu melalui pelbagai cabaran minggu ini dan untuk mereka bermain sebaik ini… saya rasa cara kita menangani perlawanan ini sangat hebat,” tambah beliau.

United kini menduduki tempat ketujuh, tetapi lapan mata belakang pasukan-pasukan di empat tempat teratas.

“Saya amat kecewa, apabila kami mendahului dua kali dan melepaskan dua gol yang dapat dielak dan ia sangat mengecewakan, tapi kami harus menerimanya,” kata Ten Hag kepada media.

“Semangat pasukan sangat hebat,” tambah beliau.

United memulakan perlawanan dengan baik hasil jaringan Hojlund pada minit ketiga.

Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan di tempat sendiri.

Richarlison mengambil kesempatan kesilapan pertahanan United untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-19 menerusi tandukan hasil satu tendangan sudut.

Rashford meletakkan United kembali ke hadapan sebelum separuh masa pertama berakhir selepas gerakan hebat beliau bersama Hojlund untuk menjaringkan gol pertamanya musim ini.

Bentancur menyamakan kedudukan kurang dari seminit selepas separuh masa kedua bermula, melalui hantaran Timo Werner.

“Untuk bermain bersama pasukan baru dalam stadium ini menentang United, anda pasti akan gementar. Anda harus cuba menikmatinya,” kata Werner, yang menyertai Spurs secara pinjaman daripada RB Liepzig pada awal minggu ini, kepada pihak media. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >