Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kabak, Davies perkuat benteng Liverpool

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Liverpool memperkukuhkan lagi benteng pertahanan mereka dengan menandatangani pemain Schalke Ozan Kabak dan Ben Davies dari Preston sebelum jendela perpindahan Liga Perdana England (EPL) menutup tirainya kelmarin.



Juara bertahan itu kehilangan kesemua pemain bek tengah utama mereka, dengan Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip terpaksa direhatkan buat jangka masa panjang akibat kecederaan.



Kabak menyertai The Reds secara pinjaman sehingga akhir musim dengan harga £1 juta ($1.82 juta) dengan pilihan untuk pembelian pada harga £18 juta.



Pemain berusia 20 tahun tiba selepas dua tahun beraksi di Bundesliga, bersama Stuttgart sebelum menyertai Schalke pada Julai 2019.



Sebelum itu Kabak bermain di Galatasaray dan telah ditampilkan sebanyak tujuh kali bersama skuad kebangsaan Turkey.



Davies, 25 tahun, pula ditandatangani dengan yuran awal dipercayai £500,000 dan beberapa tambahan lain.



Beliau membuat 145 penampilan untuk Preston, dengan menjaringkan dua gol selepas membuat penampilan sulungnya pada 2013.



Sementara itu, pemain midfield Liverpool Takumi Minamino menyertai pesaing Southampton secara pinjaman sehingga akhir musim ini.



Pemain 26 tahun dari Jepun itu, yang boleh bermain di posisi sayap atau penyerang, ditandatangani Liverpool dari kelab Austria RB Salzburg setahun lalu.



Minamino, yang telah menjaringkan sebanyak 12 gol dalam 26 penampilan untuk negaranya, adalah pemain Jepun kedua yang menyarung jersi Southampton selepas pemain pertahanan Maya Yoshida, yang berpindah ke Sampdoria musim ini. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >