Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN

Kelab baru Messi mungkin bukan Barcelona

Jun 01, 2023 | 03:33 PM



BARCELONA: Lionel Messi dijangka membuat keputusan dalam beberapa jam akan datang untuk memilih kelab seterusnya pada musim depan.


Tetapi ia kelihatan pasti yang beliau tidak akan bermain untuk Barcelona musim depan.

Pegawai kerajaan di Arab Saudi sudah pun mengusahakan kedatangannya.

Mereka telah diberitahu Messi telah menerima tawaran yang sangat lumayan daripada Al-Hilal dan sedang bersiap sedia untuk berpindah.

Kelab Inter Miami di Amerika Syarikat adalah satu lagi pilihan.

Pengumuman keputusan Messi akan ditentukan oleh kelab barunya.

Namun, Messi lebih suka kembali ke Barcelona, di mana beliau anggap kelab Sepanyol itu sebagai rumahnya sejak meninggalkan Argentina ketika berusia 12 tahun untuk mengejar impian bola sepaknya.

Barcelona telah berjanji untuk membincangkan perjanjian untuk membawa pulang Messi ke kelab itu tetapi ia masih belum berlaku.

Pihak Messi telah memberitahu kelab Sepanyol itu bahawa keputusan Messi mengenai masa depannya akan berlaku tidak lama lagi dan mereka tidak boleh menunggu lagi untuk kelab itu.

Pemenang Piala Dunia berusia 35 tahun itu mahu kekal di Eropah tetapi selepas diputuskan beliau akan meninggalkan Paris St-Germain pada musim panas ini.

Tawaran diterimanya tidak cukup menarik. Ini termasuk tawaran dari Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Namun, sekali lagi media Barcelona sedang berusaha menyakinkan semua orang bahawa kegagalan mereka mendapatkan perjanjian bersama Messi bukan salah mereka, tetapi salah pemain itu dan La Liga.

Siri maklumat yang salah dan pembohongan yang terpancar dari akhbar mengabaikan fakta yang Barcelona sama sekali tidak memberikan sebarang cadangan kepada pemain itu.

Kelab itu juga tidak boleh menawarkan sebarang jaminan bahawa mereka dapat berbuat demikian sebelum tarikh akhir 1 September apabila tempoh pemindahan musim panas tamat.

Had Permainan Adil dari segi Kewangan (FFP) yang akan dilaksanakan untuk musim depan juga membuat sebarang rancangan untuk membawa Messi ke Barcelona mustahil.

Tetapi, daripada mengakui cabaran ini, Barcelona lebih suka memberi gambaran bahawa mereka sedang bertungkus-lumus untuk membawa Messi pulang ke kelab itu.

Ia sama sekali tidak benar.

Pengurus Barcelona Xavi berkata semalam bahawa 99 peratus daripada apa yang diperlukan untuk Messi kembali ke kelab itu bergantung kepada pemain itu sendiri.

Kata-katanya itu memberi penekanan kepada keputusan Messi.

Pihak Messi menyatakan dengan jelas bahawa beliau bersedia bermain untuk apa jua gaji yang dapat membantu Barcelona kekal mengikuti peraturan FFP.

Beliau juga akan bersedia untuk bermain secara percuma, walaupun itu tidak diterima oleh La Liga atau undang-undang Sepanyol. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >