Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PSG hampir juara, Messi dicemuh

psg
May 14, 2023 | 06:01 PM



PARIS: Paris Saint-Germain semakin hampir dengan gelaran ke-11 Liga Perancis selepas kemenangan 5-0 ke atas Ajaccio yang menyaksikan kepulangan Lionel Messi daripada penggantungan.



Fabian Ruiz membuka jaringan pada minit ke-22 di Parc des Princes dan Achraff Hakimi menambah jaringan sebelum Kylian Mbappe meledak dua gol sebelum rehat.



Gol sendiri Mohamed Youssouf melengkapkan kemenangan PSG, manakala Hakimi dan pemain tengah Ajaccio, Thomas Mangani dibuang padang di akhir permainan.



PSG memerlukan empat mata daripada tiga perlawanan terakhir - menentang Auxerre, Strasbourg dan Clermont - untuk mengesahkan kejuaraan Ligue 1 selepas kembali berada enam mata di depan Lens.



Pengumuman nama Messi sebelum sepak mula mengundang tepukan serta cemuhan daripada penyokong, susulan penggantungannya kerana membuat lawatan ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab.



Pemain Argentina itu sekali lagi dicemuh selepas mendapat bola pada perlawanan yang mungkin menjadi penampilan kedua terakhirnya di Paris.



Pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu dilaporkan akan menyertai Cristiano Ronaldo di Liga Pro Saudi. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >