Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kelab Liga-S disiasat kerana mungkin tak bayar CPF pemain

Jan 11, 2017 | 09:08 AM



LEMBAGA Tabung Simpanan Pekerja (CPF) sedang menyiasat kelab Liga-S tempatan kerana mungkin tidak membayar sumbangan CPF kepada pemain bola sepak Liga Perdana mereka.



Jurucakap Lembaga CPF memberitahu akhbar The Straits Times pada Selasa (10 Jan): "Lembaga CPF memandang serius akan majikan yang tidak memenuhi kewajipan CPF mereka kepada pekerja mereka.



"Siasatan sedang dijalankan dan Lembaga CPF tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sembarang kelab bola sepak yang gagal membuat sumbangan CPF yang diwajibkan bagi pemain mereka."



Akhbar itu melaporkan sekurang-kurangnya satu kelab tidak membayar caruman CPF selama lima tahun.



Pasukan Liga Perdana ialah pasukan simpanan setiap kelab Liga-S profesional yang sebahagian besarnya menampilkan pemain muda bawah 21 tahun.



Terdapat enam kelab Liga-S tempatan, tidak termasuk Lions Young.



Seorang pengurus besar kelab Liga-S, yang enggan dinamakan, menjelaskan pemain Liga Perdana bekerja di bawah kontrak yang membayar mereka maksimum $300 dalam bentuk elaun latihan bagi membantu menampung kos makan dan pengangkutan.



"Kelab ini dimaklumkan oleh Lembaga CPF pada November dan kami membayar sumbangan CPF itu bulan berikutnya."



Jurucakap Liga-S berkata: "Liga-S memahami bahawa sebelum ini kelab-kelab menyangka 'elaun' yang dibayar kepada pemain Liga Perdana tidak memerlukan sumbangan CPF.



"Masing-masing kelab berkenaan kini dalam proses menyelesaikan perkara ini dengan Lembaga CPF. Kami yakin kelab itu akan dapat menyelesaikan perkara ini dengan cepat dan adil. Liga-S akan memberi bantuan relevan kepada kelab jika boleh."



Ini bukan kali pertama kelab Liga-S mendapat perhatian berkaitan isu pekerjaan.



Beberapa kelab tempatan diketahui menawarkan kontrak 11 bulan dan bukan setahun penuh kepada pemain untuk mengelak membayar bonus bulan ke-13.



Pada 2014, Liga-S melaksana peraturan sekatan umur yang mengehadkan bilangan pemain Singapura berumur 30 dan ke atas seramai lima orang bagi setiap kelab tempatan.



Dasar itu dibatalkan selepas badan pemantau antidiskriminasi, Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil Progressive berkata peraturan itu bersifat diskriminasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >