Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kemenangan ke-200 Murray di Terbuka Amerika lebih manis bersama keluarga

Aug 30, 2023 | 11:28 AM



NEW YORK: Andy Murray telah bersama keluarganya untuk meraikan kemenangan perlawanan Grand Slam ke-200 beliau pada Selasa, menyusuli kemenangannya ke atas pemain Perancis, Corentin Moutet, dalam pusingan pertama Tenis Terbuka Amerika Syarikat.


Murray yang berusia 36 tahun merupakan pemain lelaki kesembilan untuk meraih 200 kemenangan perlawanan dalam pertandingan bertaraf Grand Slam.

Ini walau pun beliau mengalami kecederaan perut yang memendekkan kempen permainannya dalam gelanggang tenis Amerika Utara, menjelang pertandingan besar terakhir tahun ini.

Murray berkata beliau dan isterinya, Kim, membawa kesemua empat anak bersama mereka ke New York, menjadikan perjalanan itu semakin manis.

“Ia tidak selalunya seronok bersama mereka... empat anak kecil di bawah tujuh (tahun) kadangkala sukar tetapi ia amat berharga buat saya,” kata Murray, yang anak bongsunya lahir pada 2021.

“Mereka tidak selalu datang untuk lihat saya bermain... jelas sekali kerana mereka amat kecil.”

Bekas pemain nombor satu dunia itu hampir bersara pada 2019 disebabkan masalah pinggul yang berlarutan tetapi berkata beliau menyasarkan 800 kemenangan dalam kerjayanya setelah bersaing ke peringkat akhir di Doha awal tahun ini.

Jaguh Scotland itu kini sudah mencapai 730 kemenangan sejauh ini.

Beliau seterusnya akan menentang pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov, yang disenaraikan di tempat ke-19, dan dilaporkan pernah bekerjasama dengan dua daripada bekas jurulatih Murray musim ini.

“Ada perkara tertentu yang kelihatan mudah dari luar, dari segi strategi atau taktikal menentang ramai pemain. Sebaik sahaja anda berada di gelanggang, ia tidak selalunya mudah untuk hanya keluar dan melaksanakannya. Ia sukar,” kata Murray.

“Ia mungkin kelebihan besar buatnya untuk mempunyai dua lelaki yang pernah bekerjasama dengan saya sepanjang tahun-tahun lalu. Tapi kita akan dapat tahu dalam beberapa hari ini.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >