Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA DUNIA 2022

Kenyataan pengurus England dibidas kumpulan hak asasi

Nov 04, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Gareth Southgate telah dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia selepas mengatakan pekerja di Qatar "bersatu" untuk ingin Piala Dunia terus diadakan.



Pengurus England itu berkata pekerja negara Teluk "ingin bola sepak datang ke Qatar" kerana mereka "suka" sukan itu.



Amnesty International berkata pekerja migran lebih mementingkan hak mereka "dilindungi sepenuhnya".



Qatar, tuan rumah Piala Dunia mulai 20 November ini, telah dikritik hebat kerana rekod hak asasi manusianya.



Ditanya oleh stesen berita CNN mengenai betapa pentingnya bola sepak memandangkan timbul kebimbangan soal hak asasi di Qatar, Southgate, 52 tahun, berkata: "Pada akhirnya, bola sepak adalah segala-galanya. Itulah sebab kami berada di sana, itulah yang akan kami lakukan di sana."



Beliau menambah: "Saya telah ke Qatar beberapa kali dan saya telah bertemu dengan ramai pekerja di sana dan mereka bersatu dalam satu perkara... iaitu mereka teruja mahu kejohanan itu berlangsung.



"Mereka menginginkannya sebab mereka cintakan bola sepak. Mereka mahu bola sepak datang ke Qatar. Tapi, kita juga perlu bersikap realistik sejauh mana kita akan memberi kesan kepada sebuah negara yang di luar kawalan kita."



Dianggarkan sehingga 30,000 pekerja migran telah dikerahkan bagi projek untuk membina tujuh stadium bagi perlawanan-perlawanan di Qatar, serta lapangan terbang baru, landasan metro baru dan jalan raya baru.



Persatuan Bola Sepak (FA) England telah menyokong gesaan agar pampasan diberikan bagi "sebarang kecederaan atau kematian yang berkaitan dengan mana-mana projek pembinaan" untuk Piala Dunia.



Skuad England juga merancang untuk menjemput pekerja migran ke pangkalan latihan Piala Dunia pasukannya di Al Wakrah dan berinteraksi dengan mereka.



"Sebagai sebuah FA, kami telah bertemu dengan kumpulan hak asasi mengenai apa yang mereka ingin lihat, dan kami cuba menyokong idea itu dengan memberi pampasan kepada keluarga yang kehilangan pekerja dan mengadakan sebuah pusat hak pekerja," kata Southgate kepada CNN.



"Kami menyokong perkara yang kami telah diminta untuk menyokong." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >