Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS WIMBLEDON

Kyrgios mara, gembira dapat 'tutup mulut' pengkritik

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Nick Kyrgios berkata "ramai orang akan berasa kecewa" selepas beliau berjaya mara ke pusingan suku akhir perseorangan lelaki Wimbledon, tetapi mengakui bahawa ia satu perasaan yang hebat dapat 'menutup mulut' pengkritiknya.



Perjalanan beliau di Wimbledon berterusan setelah beliau mengatasi kecederaan bahu untuk menewaskan lawannya dari Amerika Syarikat Brandon Nakashima 4-6 6-4 7-6 (7-2) 3-6 6-2 dan melayakkan diri ke suku akhir kejohanan Grand Slam pertamanya dalam tujuh tahun.



Dalam kelompok lapan pemain terbaik itu, beliau turut disertai Rafael Nadal, yang sedang berusaha menyapu semua kejuaraan Grand Slam tahun ini dengan kemenangan 6-4 6-2 7-6 (8-6) ke atas Botic van de Zandschulp.



Kyrgios lebih tenang berbanding dalam perlawanan sengitnya menentang Stefanos Tsitsipas, dan dapat mengawal 'mulutnya' untuk sebahagian besar pertarungan. Pemain kontroversial dari Australia ini seterusnya akan berdepan pemain Chile, Cristian Garin selanjutnya.



Berusia 27 tahun, Kyrgios mengekalkan tumpuannya dalam aksi yang berdisiplin dan menggunakan kejayaannya di Kelab All England untuk memperbaiki tabiatnya di luar gelanggang.



"Ada suatu ketika di mana saya terpaksa dibuang keluar dari pub pada 4 pagi sebelum bermain menentang (Rafael) Nadal," kata Kyrgios, yang menduduki ranking ke-40 dunia.



"Ejen saya perlu datang dan mengambil saya sebelum saya bermain perlawanan dalam Centre Court di Wimbledon. Saya kini telah melangkah jauh, itu yang pasti."



Kyrgios kali terakhir mara ke suku akhir Wimbledon pada 2014, semasa usianya 19 tahun dan sebagai pemain wild-card, dan mencatatkan kejutan besar menentang pemain nombor satu dunia pada ketika itu, Nadal.



Beliau kemudian berjaya ke suku akhir Terbuka Australia pada 2015, tetapi sejak itu gagal mengulangi prestasi tersebut sehingga kini.



"Untuk berada dalam suku akhir Wimbledon... dengan rasa tenang dan matang, dengan orang yang baik di sekeliling saya, saya rasa sangat beruntung," kata Kyrgios.



Kyrgios berkata beliau "tidak peduli" mengenai kritikan yang diterima selepas perlawanan menentang Tsitsipas - pertembungan yang berakhir dengan kedua-dua pemain didenda atas kelakuan mereka - dan bahawa beliau hanya tertawa mengenai kejadian itu.



"Saya dihambat kecederaan serius pada di bahu saya. (Tapi) saya kini kembali berada dalam suku akhir Wimbledon, dan saya tahu ramai orang akan berasa sangat kecewa," katanya sambil tersenyum. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >