Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA JARING

Liga ditunda hingga bulan depan

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



SETELAH musim pertamanya dalam Liga Super Bola Jaring (NSL) tahun lalu terhenti sebelum waktunya, pemain midfield Magic Marlins Tan Yi Jie tidak sabar untuk menebus masa yang hilang tahun ini.



Namun, beliau akan harus tunggu lebih lama apabila pusingan pertama kejohanan itu, yang asalnya dijadual bermula pada 23 Januari ini, dibatalkan Persatuan Bola Jaring Singapura (NS) akibat pandemik Covid-19, lapor The Straits Times.



NSL akan berlangsung hanya untuk satu pusingan, bukannya dua pusingan yang biasa, mulai 20 Februari sebelum peringkat separuh akhir dan final.



Tahun lalu, kejohanan dihentikan selepas kededua pusingan saringan selesai dan Sneaker Stingrays dinobat juara setelah menghuni puncak tangga liga.



Tan, 20 tahun, telah berlatih bersama kelabnya dua kali seminggu tetapi akur ia sukar untuk kekal bersemangat.



Beliau berkata: "Ia agak 'sian' (mengecewakan dalam bahasa Hokkien) sebab semua orang mahu bermain tetapi kami tidak dibenarkan. Justeru, ia agak sukar untuk kekal bersemangat.



"Saya hanya beritahu diri saya bahawa meskipun sekiranya tiada pertandingan, masih ada perkara yang boleh kami belajar semasa latihan."



Tarikh yang disemak semula bergantung kepada kelulusan daripada pihak berkuasa, dan penganjur akan memutuskan sama ada pertandingan akan diadakan dua minggu sebelum 20 Februari.



Sekiranya NSL tidak dapat diselesaikan pada hujung Mei, edisi tahun ini berkemungkinan akan dibatalkan kerana latihan pasukan nasional akan menjadi keutamaan susulan itu.



Skuad Terbuka dan 'A' nasional biasanya memilih pemain berdasarkan persembahan mereka semasa NSL.



Namun, ketua pegawai eksekutif NS, Medora, menambah bahawa sekiranya liga dibatalkan sama sekali, percubaan memilih pemain sebaliknya mungkin akan diadakan.



Garis panduan penjarakan selamat buat masa ini membenarkan hanya lapan orang berkumpul tanpa pergaulan antara satu sama lain manakala perlawanan bola jaring penuh boleh dimainkan dalam kumpulan seramai tujuh pemain.



NSL biasanya menampilkan lima kelab dan pasukan pilihan NS, Mission Mannas.



November lalu, Medora mengumumkan penyertaan pasukan nasional Brunei dan Thailand dalam pusingan kedua liga tetapi rancangan itu juga telah ditangguhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >