Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Bayern belasah Arsenal 5-1, Barcelona dan Chelsea juga menang

Nov 05, 2015 | 08:09 AM



Bayern Munich membelasah Arsenal 5-1 dalam perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara pada awal Khamis (5 Nov) untuk menghampiri peringkat suku akhir, atau kalau mati.


Ia menjaringkan tiga gol dalam separuh masa pertama menerusi Robert Lewandowski, Thomas Mueller dan David Alaba, sekali gus membalas dendam kekalahan 2-0 mereka di London bulan lalu - kekalahan tunggal mereka musim ini.


Pemain gantian, Arjen Robben, yang membuat penampilan pertama dalam pertandingan itu musim ini selepas kecederaan panjang, menambah gol keempat sebelum Mueller menjaringkan gol kelima.


Bayern kini ditangga teratas kumpulan itu dengan sembilan mata.


Arsenal, yang dilanda kecederaan, merapatkan jurang menerusi Olivier Giroud.


Ia kini di tangga paling bawah dengan tiga mata, selepas kekalahan ketiga itu, di belakang Olympiakos dan Dinamo Zagreb.


Arsenal perlu menang baki dua perlawanan untuk mengekalkan peluang tipis mereka layak ke suku akhir.


Sementara itu, dua gol daripada Neymar dan satu oleh Luis Suarez memberi Barcelona kemenangan selesa 3-0 ke atas BATE Borisov, sekali gus meletak mereka di ambang kelayakan bagi suku akhir Liga Juara-Juara buat 12 musim berturut-turut.


Bintang Brazil itu menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan pada awal Khamis (5 Nov) itu melalui sepakan penalti selepas Filip Mladenovic mengasari pemain gantian Munir El Haddadi.


Pada minit ke-60, Neymar memberi bola untuk Suarez menyumbatkan gol.


Suarez membalas apabila beliau menhantar bola bagi Neymar menjaringkan gol ketiga Barca pada 83 minit.


Pasangan itu menjadi pemacu Barca, yang kini di tangga paling atas Kumpulan E dengan 10 mata, sedang Lionel Messi berada di luar padang disebabkan kecederaan.


Sementara itu, satu sepakan menakjubkan daripada Willian tujuh minit sebelum tamat perlawanan memberi Chelsea kemenangan sengit 2-1 ke atas Dynamo Kiev.


Juara Inggeris itu menguasai permainan pada babak pertama dan mendahului apabila bek tengah Dynamo, Aleksandar Dragovic, menjaringkan gol sendiri selepas 33 minit.


Namun, pemain itu juga menyamakan kedudukan pada minit ke-77.


Keputusan itu meletak Chelsea di tempat kedua Kumpulan G dengan tujuh mata, di belakang pendahulu Porto yang mempunyai 10 mata.


Keputusan lain: Olympiacos 2 Dinamo Zagreb 1, Roma 3 Bayer 2, M. Tel-Aviv 1 Porto 3, Gent 1 Valencia 0, Lyon 0 Zenit 2. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >