Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Real di tangga teratas lepas kalahkan Shakhtar 4-3

Nov 26, 2015 | 09:10 AM



LVIV (Ukraine): Real Madrid, yang telah pun mengesahkan tempatnya di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, memastikan ia menduduki tempat teratas dalam Kumpulan A dengan kemenangan 4-3 ke atas Shakhtar Donetsk pada Rabu (25 Nov).


Cristiano Ronaldo menjaringkan gol selepas 18 dan 70 minit sementara Luka Modric (50) dan Dani Carvajal (52) juga berjaya menyumbatkan gol untuk meletak juara 10 kali Eropah itu di depan.


Suhu meningkat di padang pada malam sejuk itu kerana Shakhtar menjaringkan tiga gol dalam babak akhir.


Pemain tengah Brazil, Alex Teixeira, menyempurnakan sepakan penalti selepas 77 minit dan kemudian Dentinho mendada bola masuk ke dalam gawang daripada tendangan sudut.


Teixeira sekali lagi membimbangkan Real apabila beliau menjaringkan gol dua minit sebelum perlawanan tamat.


Real mempunyai 13 mata daripada lima perlawanan, tiga mata mengatasi Paris St Germain yang turut layak dengan menewaskan Malmo 5-0 di Sweden.


PSG pasti menduduki tempat kedua sekalipun mereka menang dan Real kalah dalam perlawanan terakhir masing-masing kelak kerana Real memempunyai kelebihan gol.


Shakhtar dan Malmo kedua-duanya mempunyai tiga mata. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >