Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA - JUARA

Liverpool papar sekilas kebangkitan

Sep 15, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Tandukan Joel Matip pada minit ke-89 memberikan Liverpool kemenangan 2-1 ke atas Ajax dalam saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah di Anfield, sekali gus membolehkan kelab Liga Perdana England (EPL) itu mengutip tiga mata pertama.



Skuad pimpinan Jurgen Klopp tewas 1- 4 kepada Napoli dalam perlawanan kumpulan pertama minggu lalu.



Justeru, Liverpool, naib juara pertandingan musim lalu, berusaha gigih dari wisel penamat dan berjaya menjaringkan gol awal, tetapi terpaksa menunggu hingga ke minit terakhir untuk meraih kemenangan.



Gol pembuka tirai perlawanan bagi Liverpool dijaringkan oleh Mohamed Salah pada minit ke-17, tetapi Mohammed Kudus menyamakan kedudukan bagi Ajax selang 10 minit gol pertama itu.



Liverpool terus mengasak gawang lawan, tetapi tidak berjaya menembusi benteng sehingga saat-saat terakhir.



Terdesak, Matip, pemain pertahanan yang biasanya bergerak dalam kotak penalti sendiri, memasuki petak penalti lawan untuk menyambut hantaran Kostas Tsimikas hasil tendangan sudut pada minit ke-89.



Kemenangan itu bermakna Liverpool mengutip tiga mata daripada dua perlawanan, sama dengan Ajax dan Napoli yang bertarung dengan Rangers pagi tadi.



Bercakap selepas perlawanan, Klopp berkata Liverpool bak sudah menjadi terlalu biasa mencari gol dalam keadaan terdesak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >