Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Maghribi tersungkur di tangan Afrika Selatan

Jan 31, 2024 | 02:57 PM



SAN PEDRO (Ivory Coast): Maghribi yang merupakan antara pasukan pilihan Piala Negara-Negara Afrika, tumbang 0-2 di tangan Afrika Selatan pada 30 Januari dalam pusingan kalah mati pertandingan itu, sekaligus meneruskan ‘sumpahan’ pasukan tersebut dalam kejohanan dwitahunan itu.


Kali terakhir pasukan tersebut menjuarai kejohanan itu adalah pada 1976.

Maghribi, gergasi benua Afrika yang meraih tempat keempat dalam Piala Dunia 2022, digembar-gemburkan ramai sebagai pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan itu.

Namun demikian, anak buah Walid Regragui gagal memanfaatkan peluang yang tersaji dan tunggak midfield, Sofyan Amrabat, dibuang padang lewat perlawanan.

Afrika Selatan mendahului perlawanan pada minit ke-57 susulan hantaran Themba Zwane yang disempurnakan Evidence Makgopa.

Pada waktu kecederaan separuh masa kedua, tendangan bebas Teboho Mokoena melewati jaring Maghribi bagi gol kedua Afrika Selatan.

Maghribi mempunyai peluang menyamakan kedudukan tatkala keputusan adalah 1-0 setelah pasukan itu diberi tendangan penalti.

Namun tunggak sayap pasukan, Achraf Hakimi, gagal menyempurnakan sepakan setelah tendangannya terkena palang.

Sejak menjadi pasukan Afrika pertama yang mara ke separuh akhir Piala Dunia di Qatar pada 2022, Maghribi tewas dua daripada 13 perlawanan, dan kedua-dua kekalahan di tangan Afrika Selatan.

Maghribi menyertai juara bertahan Senegal, Tunisia, Algeria, Cameroon dan Burkina Faso sebagai pasukan yang disenaraikan dalam kalangan 10 tempat teratas di Afrika yang pulang awal dalam kejohanan kali ini.

Mali turut menempah tempat ke suku akhir setelah mengatasi Burkina Faso 2-1 di Korhogo, dengan Lassine Sinayoko menjaringkan gol kemenangan.

Afrika Selatan akan berdepan Cape Verde di Yamoussoukro, manakala Ivory Coast dan Mali bakal berentap di Bouake bagi aksi suku akhir pada 3 Februari.

Afrika Selatan, Ivory Coast, Nigeria dan DR Congo adalah bekas juara manakala empat lagi negara meletakkan harapan untuk menguasai bola sepak benua Afrika buat kali pertama.

Awal dari itu, juara bertahan Senegal gagal mempertahankan takhta setelah tendangan penalti Moussa Niakhate tersasar dan terkena palang – sekali gus meranapkan harapan pasukan itu melangkah ke pusingan seterusnya dalam perlawanan menentang Ivory Coast.

Perlawanan itu menyaksikan Ivory Coast – tuan rumah kejohanan kali ini – menang 5-4 melalui penalti selepas keputusan terikat 1-1.

Tuan rumah hampir tersingkir daripada Kumpulan A menyusuli kekalahan 0-4 di tangan Equatorial Guinea dalam perlawanan sebelum ini dan 0-1 di tangan Nigeria. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >