Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mbappe tinggalkan PSG akhir musim ini

Feb 16, 2024 | 01:47 PM



PARIS: Penyerang Perancis, Kylian Mbappe, telah memberitahu Paris St-Germain (PSG) bahawa beliau berniat meninggalkan kelab tersebut pada akhir musim ini.


Tempoh perjanjian pemain berusia 25 tahun itu bersama juara Liga 1 Perancis akan berakhir dan beliau dikatakan akan berpindah ke Real Madrid.

Masa depan Mbappe menjadi punca perselisihan faham Mbappe dengan PSG pada musim lalu.

Suatu ketika dahulu, Mbappe ditendang daripada pasukan utama PSG dan dikecualikan daripada lawatan pramusim PSG ke Asia.

Namun, perjanjian dipersetujui bahawa PSG tidak akan mengalami kerugian apabila Mbappe akhirnya meninggalkan mereka dan syarat perjanjian pemindahannya masih belum disahkan.

Penyerang itu mempunyai klausa lanjutan satu tahun, jadi ia dijangka bahawa pemergiannya akan melibatkan penjualan dengan bayaran perpindahan atau pengorbanan kewangan daripada pihak pemain.

Walaupun PSG inginkan Mbappe kekal di kelab, pemergiannya kelihatan seperti tidak dapat dielakkan.

PSG mahu membina pasukan yang lebih muda dan beralih daripada membeli bintang-bintang bola sepak sahaja.

Perancangan itu telah melihat penyerang Argentina, Lionel Messi, dan pemain antarabangsa Brazil, Neymar, meninggalkan PSG sejak akhir musim lalu.

Dianggarkan bahawa Mbappe, yang memenangi Piala Dunia bersama Perancis pada 2018, memperoleh pendapatan sekitar 200 juta euro ($289 juta) setiap tahun.

PSG yang menduduki tempat teratas Liga Perancis, mempunyai 11 mata lebih daripada pasukan tempat kedua, Nice.

Ia akan menentang Nice di peringkat suku akhir piala domestik.

Juara Perancis itu menewaskan Real Sociedad 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah pada 15 Februari, dengan Mbappe mendapatkan satu jaringan.

Ia merupakan gol keempat dalam Liga Juara-Juara.

Beliau telah menjaringkan 20 gol dalam liga mereka di kempen kini.

Secara keseluruhan, beliau meraih 243 gol dan 93 ‘assist’ (membuka laluan) dalam 290 perlawanan PSG dan telah membantu PSG merangkul lima trofi Liga 1.

Mbappe memenangi Liga 1 bersama Monaco sebelum menyertai PSG semasa berusia 18 tahun pada 2017 secara pinjaman sebelum dikekalkan dengan bayaran 180 juta euro ($260 juta).

Beliau mendapatkan 27 gol dan 13 ‘assist’ dalam 60 perlawanan bagi Monaco.

Sebelum khabar pemindahan itu, Mbappe kelihatan pasti akan meninggalkan PSG secara percuma pada hujung musim 2021-22 tetapi akhirnya menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun, dengan pilihan setahun lagi.

Namun, selepas Mbappe memberitahu PSG beliau tidak akan bersetuju dengan tambahan 12 bulan perjanjian itu, beliau dikecualikan daripada lawatan pramusim mereka ke Jepun pada Julai 2022.

Beliau kemudian menolak untuk bertemu dengan wakil pasukan Liga Pro Saudi Al-Hilal, yang membuat tawaran £259 juta ($439 juta) rekod dunia untuknya.

Mbappe menolak perpindahan ke Real Madrid pada Mei 2022 apabila beliau bersetuju dengan perjanjian semasanya dengan PSG. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >