Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA KEMBOJA

Mula-mula Rafhana bertinju setakat nak sihat... tak jangka jadi atlet negara

May 01, 2023 | 05:30 AM



HASRAT Rafhana Rosli apabila mula-mula berkecimpung dalam sukan tinju pada usia 22 tahun adalah untuk mengekalkan kecergasan dan amalan gaya hidup sihat semata-mata.



Tidak pula anak sulung dalam tiga beradik perempuan berusia 34 tahun itu menjangkakan bahawa satu hari nanti, beliau akan mewakili negara di persada antarabangsa.



Beliau berkata: "Pada waktu itu, saya hanya ingin kekalkan kecergasan dan turunkan berat badan.



"Saya berlatih selama empat tahun sebelum saya membuat keputusan untuk memasuki pertandingan yang pertama dan dari situ, saya mula memandang serius terhadap sukan tinju."



Ini setelah sekian lama bertungkus-lumus berlatih, beliau rasa sudah tiba masanya untuk beliau mengecapi sesuatu.



"Saya sebenarnya cuma ingin sertai satu pertandingan saja ketika itu tetapi jurulatih saya memberi dorongan kepada saya meneruskan latihan dan libatkan diri dalam pertandingan-pertandingan seterusnya.



"Jika saya tidak mengendahkan galakan jurulatih dan ikutkan saja kehendak saya, saya tidak rasa saya dapat mencapai kedudukan yang saya ada sekarang," tambah beliau.



Berkat dorongan jurulatih dan kegigihan sendiri, beliau sudah mengorak langkah ke pentas dunia - pada Mac beliau membuat penampilan dalam Kejohanan Tinju Dunia bagi Wanita IBA di New Delhi, India.



Sungguhpun tewas dalam perlawanan pertamanya menentang salah seorang petinju terbaik Eropah iaitu Savchuk Olena dari Italy, pengalaman yang beliau raih sangat bermanfaat.



Baginya, beliau dapat saksikan kekuatan dan kelemahan beliau serta menyesuaikan gaya tinju dalam gelanggang supaya ia memberi kelebihan baginya.



"Seteru saya agak tinggi jadi ia mungkin lebih senang untuk beliau (memberi tumbukan) kerana tangan lebih panjang.



"Saya pula agak cilik jadi saya perlu lebih defensif dan perlu bekerja lebih keras untuk mengenakan tumbukan (kepadanya)," jelas Rafhana.



Sungguhpun demikian, beliau berpendapat dari segi kemahiran teknikal, perbezaannya tidak begitu ketara tetapi beliau mungkin "perlu tingkatkan lagi aspek pelaziman (conditioning)."



Lebih dari itu, ia wadah untuk bertarung dan mengenali pesaing lain serta memahami gaya tinju berbeza.



Lantaran itu, walaupun sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam sukan yang digemarinya ini, beliau masih mempelajari sesuatu yang baru - beliau mengaitkan hal ini kepada sifat disiplin dan iltizam kukuh yang diterapkan dalam diri susulan pelibatannya dalam sukan tinju.



Beliau berkata: "Jika ada saja yang tidak berjalan lancar atau gagal, atau anda tersungkur sekalipun, apa yang penting adalah anda harus bangun daripadanya.



"Ini adalah antara perkara yang perlu disemai dalam kehidupan seharian dan itulah sesuatu yang sukan tinju mengajar saya."



Berkongsi babak pada 2015 apabila diberi peluang bertinju dengan skuad tinju Sukan SEA wanita pada waktu itu, beliau menyimpan hajat bagi mengikuti jejak langkah mereka satu hari nanti untuk ke temasya sukan itu.



Justeru, beliau sangat teruja apabila hajat tersebut dapat dicapai dan akan bertanding dalam kategori wanita dengan berat badan 54 kilogram.



"Untuk menyertai Sukan SEA saja sudah begitu mencabar kerana ini adalah kali ketiga percubaan saya (untuk sertai Sukan SEA).



"Jadi apabila saya dapat tahu yang saya dipilih, saya sangat gembira. Impian saya akhirnya menjadi kenyataan," ujar Rafhana.




KEGIGIHAN, DEBARAN SEBELUM MASUK GELANGGANG



"Jika ada saja yang tidak berjalan lancar atau gagal, atau anda tersungkur sekalipun, apa yang penting adalah anda harus bangun daripadanya.
Ini adalah antara perkara yang perlu disemai dalam kehidupan seharian dan itulah sesuatu yang sukan tinju mengajar saya."
- Rafhana Rosli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >