Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERLAWANAN PERSAHABATAN: SIRI TIGA NEGARA FAS

Nazri simpan hasrat pimpin pasukan nasional di masa hadapan

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



JURULATIH sementara pasukan nasional Singapura Nazri Nasir tidak menolak kemungkinan menyandang "kerusi panas" pasukan Singa setelah dipanggil buat kali kedua bagi membimbing skuad senior itu.



Namun, bekas kapten Singapura itu, yang juga kini ketua jurulatih Singa Muda, akan hanya menerima sebarang tawaran untuk menguruskan pasukan senior nasional pada masa akan datang.



Nazri, 51 tahun, akan memimpin pasukan Singa dalam satu siri perlawanan persahabatan 'A' anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) antara tiga negara di rantau ini - Singapura, Malaysia dan Filipina.



Singapura menjadi tuan rumah kepada siri perlawanan FAS Tiga Negara 2022, yang bermula kelmarin dengan Malaysia menundukkan Filipina 2-0 di Stadium Negara.



Pasukan Singa akan berdepan musuh ketat, Harimau Malaya, esok sebelum menentang The Azkals Selasa depan.



Ditanya sama ada kemenangan dalam kedua-dua perlawanan kelak membuktikan potensi beliau untuk menjadi ketua jurulatih pasukan Singa, Nazri tidak menidakkan peluangnya.



"Ia cita-cita setiap jurulatih untuk memimpin pasukan nasional. Ia adalah satu penghormatan. Saya sentiasa menantikan detik itu, sama ada ia muncul lebih awal daripada yang dijangka atau lambat laun," ujarnya, ketika ditemui di Padang Geylang baru-baru ini.



"Sebagai jurulatih, anda ingin membawa pasukan nasional ke tahap yang lebih tinggi. Sekiranya saya berjaya meraih kemenangan, ia tidak bermakna saya akan dapat jawatan itu. Tapi, jika kami mendapat keputusan buruk, ia juga tidak bermakna saya tidak mendapatnya. Yang pasti, saya ingin diberikan peluang untuk menjadi jurulatih pasukan nasional suatu hari nanti."



Namun, Nazri harus menunggu lebih lama dengan FAS kini memasuki tahap akhir proses pencarian mereka bagi ketua jurulatih baru pasukan nasional.



Ini menyusuli pengunduran bekas ketua jurulatih Tatsuma Yoshida selepas Piala AFF Suzuki lewat Disember lalu. Yoshida, 47 tahun, telah kembali ke Jepun dan kini memimpin kelab Liga J2, Ventforet Kofu.



Pengumuman pelantikan ketua jurulatih baru itu dijangka dibuat bulan depan.



Menurut laporan The Straits Times, antara calon utama bagi jawatan itu ialah warga Korea Selatan dan bekas jurulatih Home United (yang kini dikenali sebagai Lion City Sailors), Lee Lim Saeng, dan warga England dan bekas jurulatih pasukan nasional India, Stephen Constantine.



Nazri memiliki rekod yang boleh dibanggakan sebagai jurulatih sementara pasukan nasional - menang satu, kalah satu.



Pada 2019, beliau turut menggalas jawatan itu di Piala Airmarine yang diadakan di Malaysia, di mana Singapura menewaskan Malaysia 1-0, sebelum tewas 4-5 kepada Oman melalui sepakan penalti selepas jaringan terikat 1-1 di akhir 90 minit.



Cabaran serupa menanti beliau ketika Singapura, pasukan ranking nombor 161 dunia, menghidupkan semula persaingannya dengan negara jiran Malaysia, yang menduduki tujuh tangga di atas dalam ranking dunia Fifa. Sementara itu, Filipina berada jauh di depan menghuni tempat ke-129.



Bagaimanapun, bagi Nazri, ranking pasukan hanyalah angka dan beliau lebih menitikberatkan persembahan pasukan pada hari perlawanan.



"Kita semua tahu betapa pentingnya perlawanan menentang Malaysia disebabkan sejarah persaingan lama kita. Ia adalah mengenai harga diri… Ia perlawanan 'do or die' (berjaya atau mati) dan kami sasar tidak kurang daripada kemenangan," tambah Nazri.



"Dalam bola sepak rantau ini, mana-mana pasukan boleh menewaskan satu sama lain. Jadi, bagi saya kedudukan ranking tidak penting. Pasukan mana yang bermain lebih baik dan membuat kurang kesilapan mampu menang pada hari perlawanan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >