Olimpik: Schooling ke separuh akhir dengan rekod nasional baru

RIO DE JANEIRO: Perenang Singapura Joseph Isaac Scholling memulakan aksinya yang dinanti-nantikan dalam Olimpik Rio pada Selasa (9 Ogos) dengan memecahkan rekod peribadinya dalam saringan acara 100m gaya bebas, sekali gus layak ke separuh akhir sebagai perenang keenam terpantas.

Schooling, yang mencapai masa 48.58 saat pada Sukan SEA tahun lepas di rumah, mengurangkan 0.31 saat daripada masa itu dengan masa 48.27sec.

Pencapaian rekod kebangsaan terbaik itu agak manis sekali - pada Hari Kebangsaan.

Beliau kemudian berkata dengan senyuman: "(Hari Kebangsaan) hari baik untuk memulakan perlumbaan. Ia hari bahagia."

Bahkan, Schooling, 21 tahun, menyarungkan pakaian warna merah dan topi warna putih sebelum memulakan perlumbaan.

Beliau mengakhirkan saringan kedua itu di tempat kedua, sekalipun ia bukan acara kegemarannya.

"Matlamat utama ialah 100m kupu-kupu," katanya, mengingatkan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 72
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.