Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pelari lompat pagar hilang kelayakan bertanding, keputusan cetus kontroversi

Apr 24, 2024 | 02:47 PM



Keputusan yang menyebabkan pelajar yang juga pelari lompat pagar dalam kejohanan balapan dan padang Sukan Sekolah Nasional (NSG) hilang kelayakan bertanding, telah mencetus perdebatan dalam kalangan masyarakat sukan tempatan.

Ia turut menyebabkan sesetengah pihak mempersoal keputusan penganjur.

Pada 5 April, Kho Yuan Zu, pelajar Institusi Hwa Chong (HCI), 17 tahun, hilang kelayakan daripada saringan 400 meter (m) acara larian lompat pagar Divisyen A lelaki di Stadium Choa Chu Kang.

Seorang pegawai teknikal dalam acara itu telah menilai bahawa kaki pelari tersebut terlanggar sedikit dan tidak melepasi sepenuhnya halangan pagar terakhir.

Pelajar tersebut berlari di lorong paling luar dalam pertandingan itu, lapor The Straits Times (ST).


Menyusuli kejadian itu, HCI membuat bantahan kepada penganjur acara tersebut, manakala Persatuan Atletik Singapura (SA) – badan pentadbir sukan itu yang menyediakan pegawai bagi pertandingan tersebut, turut memberi input walaupun keputusan pegawai teknikal tidak dibatalkan.

Langston Loh daripada Maktab Rendah Kebangsaan (NJC) memenangi pingat emas semasa perlawanan akhir pada 15 April, manakala Shadi Zulhisham dari Institusi Raffles (RI) dan Armaan Carlesater pelajar Maktab Rendah Victoria (VJC) masing-masing meraih perak dan gangsa.

Satu hantaran Facebook yang menunjukkan video kejadian tersebut, tular dalam kalangan masyarakat sukan pada minggu lalu, dengan beberapa pengguna, termasuk pelari maraton Singapura, Soh Rui Yong, mempersoal keputusan penuh kontroversi itu.

Sambil menyifatkannya sebagai “keputusan yang memberi pengalaman pahit kepada atlet muda”, Soh berkata di media sosial:

“Saya berpendapat, jika ingin hilangkan kelayakan seseorang atlet, perlu ada bukti sangat jelas bahawa sesuatu peraturan telah dilanggar. Jika tidak jelas, faedah kesangsian harus diberi kepada atlet,” tambahnya.

NSG dianjurkan Majlis Sukan Sekolah Singapura (SSSC) dan disokong Kementerian Pendidikan (MOE).

Jurucakap MOE berkata bahawa atlet yang menyertai NSG bertanding berdasarkan peraturan NSG.

“Pegawai teknikal dilatih membuat keputusan yang diperlukan berdasarkan peraturan permainan dan protokol penilaian, dan kami menghormati keputusan pegawai tersebut,” katanya.

Beliau menambah bahawa jawatankuasa penganjur NSG telah menyemak kejadian tersebut dan mengekalkan keputusannya selepas rayuan HCI.

Sebab-sebabnya telah dijelaskan kepada pengurus pasukan HCI. Pihak sekolah kemudian menarik balik rayuannya.

“Kami menggalak semua pelajar, termasuk atlet, agar belajar daripada setiap pengalaman mereka dan bangkit lebih tinggi, dengan semangat dan etos kesukanan sebenar,” katanya.

Merujuk kepada video yang dirakam dari tempat duduk penonton, jurucakap SA berkata:

“Walaupun kami berpegang pada pandangan bahawa keputusan pegawai teknikal berkenaan adalah adil, rakaman video pihak ketiga yang diserahkan tidak menunjukkan dengan jelas mengenai (kewajaran keputusan) hilang kelayakan itu.

“Saranan SA adalah untuk memberi faedah kesangsian kepada atlet dan kami mencadangkan kepada (jawatankuasa penganjur) agar pelajar lelaki itu dibenarkan menyertai peringkat akhir larian lompat pagar 400m.”

SA turut menyatakan bahawa dengan perkembangan teknologi sukan, jika rakaman video rasmi bagi setiap pertandingan dapat dilakukan, dan diserahkan sebagai data dalam bantahan dan rayuan, ia akan memudahkan proses rayuan terhadap keputusan pengadil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >