Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

'Penggantungan' ditarik balik, Lineker kembali ke BBC

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Gary Lineker akan kembali menyampaikan Match of the Day bola sepak England selepas beliau disingkirkan daripada rancangan itu berikutan pertikaian di mana beliau mengkritik dasar baru kerajaan bagi pelarian mendapatkan suaka di negara itu.



Pengarah besar BBC, Tim Davie, mengumumkan semakan bebas akan dikendalikan mengenai garis panduan media sosial.



Lineker berkata beliau menyokong semakan itu dan tidak sabar untuk kembali bekerja sebagai pengulas perlawanan.



Beliau berkata beberapa hari terakhir adalah "luar biasa" dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas "sokongan menakjubkan" mereka.



Liputan bola sepak pada hujung minggu merentasi BBC telah terganggu akibat mogok yang dicetuskan oleh penggantungan Lineker.



Dalam satu kenyataan, Davie berkata: "Semua orang menyedari bahawa ini adalah tempoh yang sukar untuk kakitangan, penyumbang, penyampai dan yang paling penting, penonton kami.



"Saya minta maaf atas perkara ini."



Minggu lalu, Lineker, dalam satu posnya di Twitter, membandingkan bahasa yang digunakan bagi menetapkan rancangan tempat berlindung pelarian kerajaan dengan "yang digunakan oleh Jerman pada era tahun 1930-an".



Kata-katanya, mengenai Rang Undang-Undang Migrasi Haram yang baru kerajaan, dikritik oleh menteri Konservatif, termasuk setiausaha dalam negeri.



Lineker diberitahu pada Jumaat bahawa beliau perlu meminta maaf atas posnya di Twitter atau tidak akan dapat menyampaikan Match of the Day pada hujung minggu.



Apabila beliau enggan berbuat demikian, beliau telah digugurkan daripada rancangan itu, yang mencetuskan gelombang penarikan diri yang tidak pernah berlaku sebelum ini daripada rakan-rakan pakar dan pengulas.



Selepas mengumumkan beliau akan membuat kemunculan kembali di BBC TV, Lineker menulis di Twitter: "Walaupun beberapa hari kebelakangan ini sukar, ia tidak sebanding dengan terpaksa meninggalkan rumah anda daripada penganiayaan atau peperangan untuk mencari perlindungan di tanah yang jauh.



"Sungguh menyentuh hati untuk melihat empati terhadap nasib mereka daripada kebanyakan anda semua.



"Kami kekal sebagai negara yang kebanyakannya bertolak ansur, ramah dan pemurah."



Lineker telah menerajui Match of the Day sejak 1999 dan merupakan bintang dengan bayaran tertinggi BBC, setelah memperoleh kira-kira £1.35 juta ($2.19 juta) pada 2020-21.



Beliau bekerja di BBC secara bebas.



Kakitangan BBC dituntut neutral dalam hal politik dan mesti mengikut garis panduan media sosial yang ketat, tetapi terdapat perdebatan penting tentang cara ia ditetapkan kepada kakitangan di luar berita. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >