Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perenang S’pura rangkul emas di Sukan Para Asean 2023

Jun 07, 2023 | 03:25 PM



Walaupun temasya Sukan Para Asean (APG) 2023 di Kemboja sudah masuk hari ketiga, perenang Singapura, Wong Zhi Wei, masih belum memenangi sebarang pingat emas.

Namun, keyakinannya tidak tergugat kerana Wong sedar beliau belum bersaing dalam gaya renang kegemarannya – gaya kupu-kupu.

Pada Selasa, Wong membuktikan kemampuannya dengan merangkul pingat emas dalam acara lelaki 100 meter gaya kupu-kupu (kelas S13), dengan mencatat masa 1 minit 03.87 saat di Stadium Akuatik Morodok Techo.

Beliau memecahkan rekod 1 minit 09.63 saat yang dicatat oleh perenang Thailand, Nakprom Tussakorn, pada 2008.

Perenang Indonesia, Marinus Melianus Yowei, menduduki tempat kedua dengan masa 1 minit 08.21 saat, manakala perenang Vietnam, Nguyen Duc Hau, di tempat ketiga dengan masa 1 minit 19.55 saat.

Wong, 21 tahun, memenangi pingat gangsa dalam acara lelaki 100 meter kuak dada berklasifikasi SB13 pada Ahad dan pingat perak dalam acara lelaki 50 meter kuak dada (SB13) pada Isnin.

Beliau turut menangi pingat perak dalam acara lelaki 100 meter gaya bebas (S13) pada Selasa.

Pada APG 2022 di Indonesia, Wong memenangi dua pingat emas dalam acara lelaki 50 meter gaya bebas dan acara lelaki 100 meter gaya bebas serta pingat perak dalam acara lelaki 100 meter kuak dada.

Selepas merangkul emas di APG 2023 pada Selasa, beliau berkata: “Saya berasa cukup baik. Gaya kupu-kupu memang gaya renang terbaik saya. Saya memang menyasarkan memenangi pingat emas. Secara keseluruhan, saya cukup berpuas hati dengan hasilnya.”

Acara terakhirnya ialah acara lelaki 50 meter gaya bebas pada Khamis.

Bagi baki tahun ini, Wong akan membuat persiapan untuk Sukan Para Asia pada Oktober di Hangzhou, China, di mana beliau menyasarkan pingat pertamanya pada temasya itu.

Pada Ogos, beliau akan kembali ke Universiti Nasional Singapura (NUS) bagi pengajian psikologinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >