Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perenang S’pura Yip Pin Xiu, Sophie Soon terlepas peluang beraksi dalam Sukan Para Asia

Oct 18, 2023 | 03:37 PM



Perenang handalan negara Yip Pin Xiu dan Sophie Soon tidak akan bersaing di Sukan Para Asia (APG) di Hangzhou – selepas acara mereka dibatalkan oleh penganjur hanya tiga minggu lalu.

Pada Ogos, Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC) mengumumkan kontinjen seramai 33 orang yang akan bersaing dalam sembilan sukan – memanah, olahraga, badminton, ‘boccia’, bowling rumput, ‘powerlifting’, menembak, renang dan tenis meja pada acara 22-28 Oktober.

Semasa edisi APG 2018 di Jakarta, Singapura memenangi tiga pingat emas, dua perak dan lima gangsa dalam sukan renang, boling, ‘boccia’ dan berbasikal.

Juara lima kali Paralimpik, Yip, 31 tahun, pada mulanya dijadual beraksi dalam acara 50 meter dan 100 meter gaya lentang S2 dan 100 meter gaya bebas, manakala Soon akan bersaing dalam acara 100 meter bebas dan lentang S12, dan 100 meter kuak dada SB12.

Bagaimanapun, kedua-dua perenang kini akan terlepas peluang selepas acara mereka ditiadakan pada saat terakhir kerana kekurangan pesaing dalam klasifikasi mereka.

Bercakap kepada media semasa majlis keberangkatan pada Selasa, ketua kontinjen Singapura, Monique Heah, berkata: “Ia sesuatu yang merugikan buat Pasukan Singapura. Para atlet sudah tentu kecewa, tetapi begitulah keadaannya dalam sukan.

“Saya mengharapkan yang terbaik, saya tidak akan ramalkan berapa banyak pingat yang akan kami perolehi tetapi saya harap kami akan membawa pulang beberapa pingat.”

Yip, yang memenangi emas dan dua gangsa pada edisi 2018, diberi pilihan untuk bersaing dalam klasifikasi lebih tinggi tetapi menolak. Soon, pemenang pingat tiga emas di Sukan Para Asean pada Jun, tidak diberikan pilihan yang sama.

Perenang para Toh Wei Soong berkata Yip dan Soon akan dirindui tetapi beliau masih menaruh harapan.

Beliau yang berusia 25 tahun berkata:

“Saya fikir ia amat malang bagi beberapa anggota pasukan senior yang tidak mempunyai acara untuk bersaing dalam sukan ini.

“Namun pasukan ini, termasuk yang baru, mempunyai peluang baik untuk hasilkan yang terbaik dan saya sokong mereka seberapa mungkin.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >