Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

S’pura hantar 33 atlet ke Sukan Para Asia, termasuk pemain boling padang 76 tahun

Aug 02, 2023 | 03:04 PM



Bagi kebanyakan warga senja, usia 76 tahun bermakna masa untuk menikmati persaraan dan mungkin juga permulaan hobi baru. Bagaimanapun, bagi Mahendran Pasupathy, beliau memulakan lembaran baru dalam perjalanan sukannya.

Beliau akan ke Sukan Para Asia (APG) pada 22 hingga 28 Oktober di Hangzhou, China, di mana kontinjen seramai 33 atlet Singapura akan bersaing dalam sembilan sukan – memanah, olahraga, badminton, ‘boccia’, boling padang, ‘powerlifting’, menembak, renang dan tenis meja.

Pemenang pingat emas Paralimpik lima kali, Yip Pin Xiu, dan rakan perenang Sophie Soon, yang memenangi tiga gelaran di Sukan Para Asean Kemboja Jun lalu, adalah sebahagian daripada pasukan yang menuju ke China.

Mahendran, yang cacat penglihatan, akan bertanding dalam acara boling padang. 

Beliau adalah salah seorang daripada 17 atlet yang membuat penampilan sulung di temasya sukan Asia itu.

“Saya amat berbesar hati dan teruja kerana terpilih mewakili negara kita,” katanya.

“Sebagai atlet tertua dalam kumpulan dan seseorang yang mengambil bahagian dalam sukan ini hanya pada usia 70-an tahun, ia membuatkan saya rasa sangat bangga... untuk melangkah sejauh ini.”

Sukan itu telah memberikannya tujuan baru, tambah beliau.

“Menyertai boling padang pada usia lanjut telah menjadi perjalanan transformasi buat saya.

“Ia telah menunjukkan kepada saya bahawa tidak kira umur atau keadaan, masih belum terlambat untuk mengejar minat dan cemerlang di dalamnya,” kata beliau.

Di APG yang lalu di Jakarta pada 2018, kohort negara seramai 44 atlet merentasi 10 sukan memenangi tiga emas, dua perak dan lima gangsa.

Sasaran Mahendran lebih sederhana.

Beliau berkata: “Memenangi pingat adalah satu pencapaian yang luar biasa. Tetapi yang lebih penting, saya mahu menunjukkan dedikasi dan keazaman yang dimiliki oleh atlet para.

“Saya berpegang kepada kepercayaan bahawa usia bukan penghalang untuk berjaya dan saya berharap kehadiran saya di temasya itu menjadi inspirasi kepada orang lain untuk menyahut cabaran baru dan memanfaatkan setiap saat.”

Seorang peserta muda kontinjen Singapura, Aloysius Gan, 17 tahun, pula pernah memenangi emas dalam kategori pasangan dan lelaki BC3 dalam Kejohanan Belia Boccia Dunia di Portugal pada Julai.

Aloysius berkata: “Walaupun saya yang paling muda dalam kontinjen dan terdapat ramai pemain yang lebih kuat, saya akan melakukan yang terbaik untuk membanggakan Singapura.”

Turut disenaraikan dalam pasukan Singapura di APG kali ini ialah pemanah wanita nombor 10 dunia, Nur Syahidah Alim, yang menjadi warga Singapura pertama untuk menempah tiket ke Sukan Paralimpik 2024 di Perancis.

Selain itu, dua lagi atlet yang pernah bersaing di Sukan Paralimpik, Nur Aini Mohamad Yasli (‘powerlifting’) dan Nurulasyiqah Mohammad Taha (‘boccia’) juga akan menguji kehebatan mereka di medan pertarungan Asia.

Edisi APG kali ini asalnya dijadualkan pada 9 hingga 15 Oktober 2022, tetapi ditangguhkan ke 2023 akibat pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >