Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perenang tunjuk hebat manakala dua petinju berpeluang ukir sejarah

Jun 08, 2015 | 09:44 PM



Jaguh renang negara, Joseph Schooling, dan rakan-rakan renangnya meledakkan kekuatan mereka apabila menyapu enam daripada tujuh pingat emas yang dipertandingan di hari ketiga sukan itu di Sukan SEA ini yang berakhir di Pusat Akuatik OCBC sebentar tadi (8 Jun).


Paling menyerlah tentunya Schooling yang meletakkan matlamat memenangi kesemua sembilan acaranya di temasya dwitahunan ini.


Mahasiswa Universiti Texas berusia 19 tahun itu mempamerkan prestasi sensasi untuk mengatasi rekod yang sudah bertahan selama 33 tahun milik legenda renang, Ang Peng Siong, dalam acara 50 meter gaya bebas.


Schooling memenangi perlumbaan itu dengan masa 22.47 saat yang merupakan rekod baru temasya sukan ini. Masa itu adalah 0.22 saat lebih pantas daripada masa yang dicatatkan Ang di Kejohanan Renang Amerika Syarikat pada 1982.


Sebelum itu, ratu renang Singapura, Tao Li, membuka tirai acara renang hari ketiga dengan cemerlang apabila memenangi perlumbaan 50 meter kuak lentang dengan mencatatkan masa 28.90 saat - rekod baru Sukan SEA.


Singapura turut menjamin perak menerusi Shana Lim yang menamatkan perlumbaan dengan masa 29.36 sementara Nguyen terpaksa berpuas hati dengan gangsa.


Kemudian giliran perenang bersaudara, Quah Ting Wen dan Quah Zheng Wen, menyumbangkan lagi dua emas untuk negara.


Ting Wen memenangi perlumbaan 100 meter wanita dengan masa 55.93 saat dan sekali lagi Nguyen dikecewakan apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dengan catatan 56.05 saat.


Zheng Wen kemudian merangkul emas acara 200 meter kuak lentang apabila memenangi perlumbaan dengan catatan masa 2:00.55 minit yang juga merupakan satu rekod baru Sukan SEA.


Schooling kemudian memenangi emas keduanya melalui acara 200 meter kuak kupu-kupu sebelum pasukan 4x200 meter berganti-ganti gaya bebas melengkapkan penguasaan Team Singapore di kolam renang.


Dua petinju turut menyerlah tetapi rakan mereka yang disebut-sebut sebagai harapan emas negara, Muhamad Ridhwan Ahmad, tersingkir daripada final.


Dengan Ridhwan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa, beliau tentunya akan menyorak dua rakannya lain yang akan beraksi di final pada Rabu ini - Mohamed Hanurdeen Hamid dan Tay Jia Wei.


Hanurdeen dan Tay berpeluang menamatkan kemarau 30 tahun negara tanpa emas tinju di Sukan SEA ini. Kali terakhir Singapura menang emas tinju Sukan SEA ialah pada 1985 melalui Mohamad Mukhlis Amat di Bangkok.


Dalam kanu, wanita Singapura menyapu bersih ketiga-tiga pingat emas acara itu yang berlangsung di Marina Channel.


Dalam kelas K1, Stephenie Chen memenangi emas acara 500 meter dengan masa satu minit 55.531 saat untuk mengalahkan Erni Sokoy dari Indonesia (1:59.986) dan peserta Vietnam, Vu Thi Linh (2:03.644).


Pasukan negara juga memenangi emas acara 500 meter K4 melalui Geraldine Lee, Soh Sze Ying, Annabelle Ng dan Sarah Chen yang mencatatkan masa 1:39.506 serta Stephenie yang kemudian berganding dengan Suzanne Seah untuk memenangi pingat emas acara 500 meter K2 dalam masa 1:45.951.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >