Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Persatuan sukan bukan Olimpik risau perubahan piagam Sukan SEA

Dec 19, 2023 | 05:49 PM



Persatuan sukan nasional untuk bola jaring dan floorball telah menyuarakan kebimbangan mengenai berita bahawa jumlah maksimum sukan bukan Olimpik di Sukan SEA akan dikurangkan daripada lapan kepada empat mulai temasya di Bangkok 2025.

Menurut laporan media Malaysia pada 16 Disember, presiden Majlis Olimpik Malaysia, Norza Zakaria, berkata bahawa “Persekutuan Sukan SEA telah mengubah piagam temasya sukan untuk mengehadkan jumlah sukan bukan Olimpik kepada empat”.

Beliau menambah, langkah tersebut perlu untuk mengembalikan mutu temasya sukan dwitahunan itu, yang telah dianggap sebagai “sukan kampung”.

Negara tuan rumah telah diketahui memasukkan sukan tradisi untuk menaikkan pungutan pingat mereka.

Sebagai contoh, negara tuan rumah 2023, Kemboja, memperkenalkan seni mempertahankan tempatan, kun khmer dan kun bokator dan memenangi 22 daripada 40 pingat emas yang dipertaruhkan.


Kenyataan Norza sejajar dengan apa yang dikatakan oleh setiausaha agung Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura, Chris Chan, kepada The Straits Times selepas temasya sukan Kemboja pada Mei.


Semasa mengumumkan bahawa tiga Sukan SEA seterusnya di Thailand, Malaysia dan Singapura masing-masing akan menampilkan program standard untuk membantu atlet serantau mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk Sukan Olimpik dan Asia, beliau berkata Kategori 1 akan merangkumi dua kumpulan – 1 A, yang terdiri daripada akuatik dan olahraga; dan 1B, iaitu minimum 10 sukan Olimpik daripada Tokyo 2020.

Negara tuan rumah juga akan memasukkan sekurang-kurangnya 10 sukan lain daripada program Tokyo 2020, Sukan Asia dan Sukan Dalaman dan Seni Mempertahankan Diri Asia di bawah Kategori 2.

Sukan Olimpik Musim Sejuk juga boleh dimasukkan.

Kategori 3 akan dikekalkan untuk sehingga empat sukan serantau atau tradisional, turun daripada lapan.

Di bawah piagam sebelumnya, setiap temasya sukan mesti mempunyai kededua sukan Kategori 1, akuatik dan olahraga, dan sekurang-kuranganya 14 sukan Kategori 2 daripada Sukan Olimpik dan Asia. 

Siam Sport melaporkan pada Januari bahawa jawatankuasa kecil Sukan SEA telah membuat senarai pendek 43 sukan, yang akan disahkan sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum temasya sukan.


Menyifatkan perubahan program temasya sukan sebagai “kebimbangan besar”, ketua pegawai eksekutif Bola Jaring Singapura, Cyrus Medora, berkata ia berkemungkinan menjejas kedudukan di pertemuan dwitahunan itu.

Bola jaring membuat penampilan sulung Sukan SEA pada 2001 di Malaysia sebelum ditampilkan sekali lagi di temasya sukan itu tiga kali berturut-turut dari 2015 hingga 2019, dengan Singapura menang sebutir emas (pada 2015) dan tiga perak.

Namun, ia tidak disertakan pada edisi 2021 dan 2023.

Medora menambah: “Kami telah berusaha dengan negara lain seperti Filipina dan Vietnam untuk mempromosikan bola jaring di sana.

“Kami telah menghantar jurulatih di sana dan menaja lawatan mereka di sini dengan kos kami sendiri untuk membantu mereka belajar cara untuk bermain sukan itu dan menganjurkan pertandingan, dan kami melihat hasilnya dengan Filipina mendapat tempat kelima di Kejohanan Bola Jaring Asia 2022.”

Presiden Persatuan Floorball Singapura, Ben Ow, berasa bahawa walaupun ia perlu untuk mengehadkan jumlah sukan tradisional, beliau berharap ia tidak akan menjejas sukan berpasukan yang meningkat naik, seperti floorball.

Sukan itu pertama kali disertakan dalam temasya sukan 2015 di Singapura dan dimainkan pada edisi 2019 dan 2023 dengan negara merangkul empat emas, sebutir perak dan sebutir gangsa.

Beliau berkata: “Sayang jika floorball dikecualikan kerana kami telah bekerja keras untuk mengekalkan sukan itu dalam program dan mempromosikannya di rantau ini.

“Tidak seperti di Eropah, tidak banyak pertandingan floorball antarabangsa di rantau ini, dan Sukan SEA sangat penting untuk pembangunan pemain kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >