Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perses tentang langkah rampas kedudukan sebagai Persatuan Sukan Nasional

Dec 17, 2023 | 03:51 PM



Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) berkata ia akan terus menjadi Persatuan Sukan Nasional (NSA) untuk sukan tersebut di Singapura sedang badan itu “mempunyai sokongan bukan sahaja daripada atlet, bahkan masyarakat sepak takraw lebih luas”.

“Sebarang percubaan sementara untuk merampas kedudukan Perses sebagai NSA bagi sukan sepak takraw di Singapura akan ditentang dengan kuat,” kata badan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Disember.

Pada November 2023, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) mengejutkan masyarakat sepak takraw dengan menamatkan keahlian Perses.

Istaf berkata ia menamatkan keahlian Perses dalam persekutuan dunia itu kerana “salah laku serius dalam kepimpinan Perses”.

Menyusuli perlucutan itu, satu gabungan sebanyak 10 persatuan sepak takraw, bersama Rangkaian Sukan Masyarakat (CSN), telah mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Persatuan (ROS) untuk pembentukan Konfederasi Sepak Takraw Singapura.

Presiden sementara Konfederasi Sepak Takraw Singapura, Mohamed Salim Ebrahim Marican, berkata matlamat utama persekutuan itu adalah mendapatkan pengiktirafan sebagai NSA daripada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).

Dalam kenyataan 17 Disember, Perses menganggap tindakan Istaf melucutkan keanggotaannya sebagai campur tangan yang tidak wajar dalam hal ehwal dalaman mereka.

“Tindakan Istaf amat mengecewakan memandangkan Perses pada setiap masa, dengan penglibatan Sport Singapore (SportSG) dan SNOC, berusaha untuk menyelesaikan perkara secara baik antara semua pihak yang terlibat,” kata Perses.

Perses juga berkata ia sedang dalam proses mendapatkan nasihat guaman dan mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Perses sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa sukan untuk mengurangkan gangguan kepada atletnya.

Pada November 2022, Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) menggantung presiden Perses, Mohd Nasri Haron, dan setiausaha agungnya, Zahid Abdul Aziz, daripada sukan itu masing-masing selama 10 tahun dan lima tahun atas tuduhan salah laku.

Nasri didakwa telah membuat kenyataan bertulis yang dianggap tidak sopan, menghina dan tidak sesuai. Beliau juga dikatakan cuba mengganggu dan menjejas kestabilan pentadbiran Astaf.

Zahid pula didakwa telah “secara sengaja atau dengan niat jahat, membuang atau mengeluarkan secara tidak wajar dan atau menyebabkan kerugian harta Astaf bernilai AS$9,700 ($13,176)... tanpa pengetahuan Astaf”, antara lain.

Penggantungan itu termasuk mereka dilarang terlibat dalam sebarang pengurusan atau kegiatan Perses. – DAHLIA ZULKIFLI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >