Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Piala Lion City kembali, skuad bawah-15 tahun beraksi

Aug 10, 2023 | 03:25 PM



Piala Lion City, kali terakhir diadakan pada 2015, akan kembali bagi edisi ke-27 pada September dan akan disertai empat pasukan – Selangor FC dari Malaysia; BG Pathum (Thailand); Borneo FC (Indonesia) dan pasukan bawah-15 tahun pusat Pembangunan Nasional (Singapura).

Bermula pada 1977, pertandingan itu bertujuan membentuk dan membangunkan bakat bola sepak muda.

Ia pernah disertai pasukan belia nasional dari Asia dan skuad pembangunan dari kelab-kelab Eropah dan Asia.

Edisi terakhir piala ini yang diadakan pada 2015 dimenangi pasukan handal England, Tottenham Hotspur.

Beberapa pemain berprofil tinggi yang pernah bermain dalam Piala Lion City termasuk pemain midfield Manchester United, Donny van de Beek; pemain pertahanan Bayern Munich, Noussair Mazraoui; dan yang terkini pemain Liverpool, Curtis Jones.

Pertandingan itu akan bermula pada 1 September, apabila Borneo FC dan BG Pathum bersaing pada 5 petang, sementara pasukan Singapura akan menentang Selangor FC pada 8 malam.

Pertandingan final dan tempat ketiga akan dimainkan dua hari kemudian dan kesemua perlawanan akan diadakan di Stadium Jalan Besar.

Pasukan Singapura akan dibimbing jurulatih Angel Toledano, yang memimpin pasukan Singapura bawah 16 tahun dalam kelayakan Konfederasi Bola Sepak Asia 2022 bawah 17 tahun dan Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak Asean bawah 16 tahun.

Meskipun pasukan serantau mungkin tidak setanding dengan pasukan Eropah berdasarkan pertandingan masa lalu, Toledano berkata mereka (pasukan serantau) juga “pesaing yang kuat”.

“Pertandingan ini menawarkan pemain kami peluang untuk mempraktikkan pengetahuan yang ditimba semasa sesi latihan kami.

“Saya percaya pengalaman ini akan menyumbang kepada pembangunan pemain kami,” katanya.

Pengurus asal Sepanyol itu berharap untuk menyediakan pemainnya bagi situasi memanfaatkan potensi dalam setiap perlawanan.

Berkata kepada The Straits Times, beliau menambah:


“Objektif pasukan kami adalah untuk mengekalkan persaingan dalam setiap perlawanan sedang kami berpandukan strategi model permainan kami.

“Saya percaya pemain kami akan dapat bangkit bila perlu, seperti yang dilihat menerusi komitmen dan keinginan mereka untuk memperbaiki kemahiran dalam setiap sesi latihan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >