Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pogba digantung sementara ekoran positif ujian dadah

Sep 12, 2023 | 04:25 PM



ROME (Italy): Pemain tengah Juventus Paul Pogba telah digantung sementara daripada beraksi dalam mana-mana perlawanan kerana kesalahan salah guna dadah.


Tribunal Anti Salah Guna Dadah Kebangsaan Italy (Nado) berkata ujian ke atas Pogba mendapati beliau mempunyai tahap testosteron yang tinggi selepas Juventus menang 3-0 di Udinese pada 20 Ogos.

Pogba pemain antarabangsa Perancis berusia 30 tahun, adalah pemain gantian yang tidak diturunkan ke padang tetapi dipilih secara rawak untuk ujian dadah selepas perlawanan.

Jika didapati bersalah kerana salah guna dadah, Pogba boleh menghadapi larangan antara dua dengan empat tahun.

Juventus berkata dalam satu kenyataan: “Kelab Bola Sepak Juventus mengumumkan bahawa hari ini, 11 September, 2023, pemain bola sepak Paul Labile Pogba menerima perintah penggantungan daripada Nado berikutan keputusan ujian yang dijalankan pada 20 Ogos, 2023.

“Kelab berhak untuk mempertimbangkan langkah-langkah prosedur seterusnya.”

Nado menarik perhatian bahawa Pogba telah melanggar peraturan salah guna dadah apabila mereka menemui bahan terlarang “metabolit testosteron bukan endogen” dan hasilnya “konsisten dengan asal eksogen sebatian sasaran”.

Testosteron adalah hormon yang meningkatkan daya tahan atlet.

Pogba mempunyai tiga hari untuk menghasilkan analisis balas kepada Nado.

Juventus menandatangani semula Pogba dengan kontrak empat tahun pada Julai 2022 selepas pemain itu menamatkan kontraknya di Manchester United.

Bagaimanapun, kepulangan Pogba ke Turin telah dibelenggu masalah kecederaan berterusan yang turut menyaksikan beliau terlepas peluang bermain dalam Piala Dunia di Qatar pada 2023.

Pogba telah bermain selama 51 minit sebagai pemain gantian musim dalam perlawanan menentang Bologna dan Empoli.

Musim lalu beliau bermain selama 108 minit dalam enam perlawanan Serie A, tiga penampilan ringkas dan satu sebagai pemain bantuan dalam Liga Europa, serta 11 minit dalam Coppa Italia – jumlah keseluruhan 162 minit dan tiada gol dijaringkannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >