Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Raducanu tewas pada pusingan pertama Terbuka Madrid

Apr 25, 2024 | 01:39 PM



MADRID: Pemain tenis, Emma Raducanu, berkata beliau berasa “letih dari segi mental dan emosi” selepas tewas pada pusingan pertama di Terbuka Madrid pada 24 April.


Pemain berusia 21 tahun itu ditewaskan 2-6 2-6 oleh pemain Argentina, Maria Lourdes Carle.

Raducanu membantu Britain menewaskan Perancis dalam Piala Billie Jean King sebelum mara ke suku akhir Persatuan Tenis Wanita (WTA) pertamanya dalam tempoh 19 bulan di Terbuka Stuttgart minggu lalu ketika beliau meneruskan ‘comeback’ daripada musim 2023 yang dilanda kecederaan.

“Beberapa minggu kebelakangan ini terlalu berat untuk saya tangani.

“Saya fikir daripada persembahan hari ini, adalah sangat jelas bahawa saya keletihan dari segi mental dan emosi.

“Saya cuba memberi yang terbaik tetapi saya tidak dapat meneruskan hari ini. Saya rasa sukan ini terlalu memenatkan,” kata Raducanu.

Pemain Britain itu, yang jatuh ke ranking ke-303 di dunia berikutan pembedahan pergelangan tangan dan buku lali pada 2023, dijangka menentang pemain ​​Czech, Karolina Pliskova, dalam perlawanan pembukaannya – tetapi bekas pemain nombor satu dunia itu menarik diri daripada kejohanan tersebut kerana mengalami kecederaan pergelangan tangan.

Raducanu, yang kini berada di ranking ke-221, tidak dapat bangkit selepas ketinggalan dua kali servis dalam kedua-dua set menentang Lourdes Carle yang berada di ranking ke-82.

Seorang lagi pemain Britain, Harriet Dart, juga tewas dalam ‘straight set’ di Madrid.

Pemain berusia 27 tahun itu mendahului 4-0 pada set kedua menentang pemain Sepanyol Cristina Bucsa tetapi kemudian tewas 4-6 4-6. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >