Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Rancangan 40 tahun GP Las Vegas akhirnya jadi nyata

Nov 19, 2023 | 05:31 AM



LAS VEGAS: Rancangan yang memakan masa 40 tahun akhirnya menjadi kenyataan pada hujung minggu ini, apabila Formula Satu (F1) menganjurkan grand prix di Las Vegas Strip yang terkenal.


F1 akan berusaha sedaya upaya untuk memukau. Ia berharap dapat mencipta acara yang paling hebat pernah dipentaskan oleh sukan itu, dan setakat ini telah membelanjakan lebih £500 juta ($837 juta) di Grand Prix Las Vegas.

Perbelanjaan itu termasuk £196 juta untuk membeli sebidang tanah, dan £327 juta lagi untuk mendirikan bangunan pit tetap dan mempersiapkan trek.

Majlis pembukaan mewah telah dirancang pada Rabu, dengan barisan bintang muzik, seperti Kylie Minogue, Andra Day, Keith Urban dan Journey, dan penampilan semua pasukan dan pemandu. 

Perlumbaan itu akan diadakan di trek sepanjang 6.2 kilometer sekitar jalan Las Vegas, dengan tarikan utamanya adalah laluan sejauh 2 kilometer di strip terkenal, yang menjadi rumah kepada semua hotel kasino utama.

Bandar itu menjangkakan 105,000 penonton setiap hari dalam aksi perlumbaan selama tiga hari, yang berlangsung mulai Sabtu malam dan pada jam 10 malam, iaitu bukan jadual biasa. 

Pengerusi dan ketua pegawai eksekutif F1, Stefano Domenicali, berkata: “Ia akan kelihatan luar biasa di TV dan akan menjadi acara yang tidak dapat dilupakan.”

Greg Maffei, presiden dan ketua pegawai eksekutif syarikat induk F1, Liberty Media, menambah: “Salah satu matlamat Vegas adalah untuk meningkatkan tahap. Perlumbaan malam di Strip pada Sabtu akan menjadikannya daya tarikan di tahap yang lebih tinggi dan promosi untuk penonton Amerika Syarikat, dan penonton dunia.”

Hotel di bandar itu telah melihat peluang untuk menjana hasil jualan yang besar.

Salah satu contoh daripada pelbagai pakej hospitaliti mewah yang ditawarkan ialah Fountain Club, dibina di atas pertunjukan air dan lampu yang terkenal di Bellagio. 

Harga tiket bermula pada harga £9,186 seorang.

Ini bukan kali pertama grand prix diadakan di Las Vegas.

Pada 1981 dan 1982, perlumbaan dikelolakan pada trek yang dibina dalam tempat letak kereta Hotel Caesars Palace.

Ia tidak berjaya, walaupun menganjurkan kemuncak kejuaraan kedua-dua tahun.

Selepas itu, bekas bos F1 Bernie Ecclestone cuba menganjurkan perlumbaan di bandar yang termasuk Strip, tetapi ia sentiasa dicabar oleh tentangan daripada kasino yang berkuasa.

Untuk seketika, ia kelihatan seperti F1 mungkin tidak akan menemui rumah di Amerika, atau bertapak sepenuhnya dalam pasaran di sana, walaupun Ecclestone telah berusaha.

Beliau menganjurkan perlumbaan jalanan berturut-turut di Detroit, Dallas, dan Phoenix, dan perlumbaan di laluan jalan raya dalam Litar Lumba Motor Indianapolis, yang akhirnya gagal akibat skandal pada 2005, apabila hanya enam kereta berlumba kerana masalah tayar.

Mengimbas kembali, Ecclestone akhirnya berhasil dengan Grand Prix Amerika Syarikat di Austin, Texas.

Namun, acara itu mengambil beberapa tahun untuk memantapkan diri sepenuhnya, dan pada masa Liberty Media mengambil alih F1 pada awal 2017 – dalam perjanjian yang menilaikan sukan itu pada £6 bilion – persoalan sama ada ia boleh berjaya di Amerika hangat diperbualkan.

Ia hanya beberapa bulan selepas penganjur Austin, Bobby Epstein, akhirnya menemui cara untuk menjadikan perlumbaannya lebih mampan.

Epstein mahu memperluas tarikan acara itu melangkaui peminat lumba, dan pada 2016, Taylor Swift mengadakan konsert di Grand Prix Amerika.

Sepanjang tahun-tahun berikutnya, rancangan dicetuskan oleh Swift – mengatur semula jadual perlumbaan supaya peminat dapat menonton aksi lumba dan kemudian pergi ke konsert oleh bintang muzik terkenal – diperkukuh sebagai strategi yang menjadi kejayaan besar.


Tetapi pada 2017, tidak dapat diketahui ia akan berfungsi dengan baik.

Liberty bimbang ia tidak melihat kesan yang diingini di Amerika, dan mula mencuba menghasilkan idea yang boleh membuat perubahan.

Yang pertama ialah perlumbaan di Miami, yang akhirnya membuat penampilan sulungnya pada 2022, walaupun tidak dalam bentuk yang diinginkan Liberty pada asalnya.

Perlumbaan itu berlaku hanya beberapa bulan selepas detik ‘eureka’, apabila Liberty akhirnya menyedari ia boleh menjayakan Amerika.

Pada Oktober 2021, Austin menjadi grand prix pertama diadakan di luar Eropah dan Timur Tengah sejak permulaan pandemik. Ia menjadi sambutan besar.

Austin sudah pun menjadi salah satu grand prix paling popular dalam kalendar, tetapi peminat tetap F1 yang pergi ke Texas pada tahun itu kagum dengan impak perlumbaan itu di bandar tersebut – peningkatan dalam bilangan orang, dan peminat tegar F1 yang jelas dilihat bersiar-siar di sekitar bandar, pergi ke bar, restoran dan tempat muzik memakai barangan pasukan.

Ia adalah bukti gabungan kepulangan menonton sukan itu selepas Covid; perebutan gelaran dramatik 2021 antara Lewis Hamilton dengan Max Verstappen; kesan siri dokumentari, Netflix Drive to Survive; dan kehadiran media sosial dan budaya F1 yang lebih hebat telah berkembang pesat di Amerika Syarikat. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >