Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ronaldo dedikasi perpindahan kepada Ferguson

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Cristiano Ronaldo merasmikan kepulangannya ke Manchester United dengan catatan di Instagram yang mengatakan beliau telah kembali ke "rumahnya" sambil mendedikasikan pemindahan itu kepada bekas pengurus kelab tersebut, Sir Alex Ferguson.



United dikatakan telah membayar wang pemindahan sejumlah £12.85 juta untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 36 tahun itu daripada Juventus, sedekad selepas beliau meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Real Madrid.



Ronaldo menandatangani kontrak dua tahun, dengan pilihan untuk melanjutkannya buat setahun lagi.



"Semua orang yang mengenali saya tahu mengenai cinta mendalam saya kepada Manchester United.



"Tempoh yang saya habiskan bersama kelab ini adalah menakjubkan dan perjalanan yang kami lakukan bersama kini ditulis dalam ayat-ayat bersalut emas dalam sejarah kelab unggul dan instutisi hebat ini.



"Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya sekarang, sedang saya melihat kepulangan saya ke Old Trafford diumumkan di seluruh dunia.



"Ia adalah impian yang menjadi nyata, setelah sekian lama saya dapat pulang dan bermain untuk Manchester United sekali lagi. Bila saya kembali sebagai pasukan lawan sebelum ini, saya dapat merasakan kasih sayang dan rasa hormat penyokong United .



"Inilah 100% impian menjadi nyata," ujarnya.



Pemenang anugerah Ballon d'Or winner sebanyak lima kali itu, mengakhiri catatannya dengan menulis:



"Saya di sini, di rumah saya! Ayuh kita capai lebih banyak kejayaan! PS - Sir Alex, ini untuk kamu..."



Ferguson merupakan pengurus United yang membawa Ronaldo ke United sebagai seorang pemain remaja, yang kemudian menjaringkan 118 gol dalam 292 perlawanan, sebelum, beliau ke Real Madrid pada 2009.



Ronaldo dipercayai telah berbincang dengan Ferguson sebelum membuat keputusan kembali ke United.



Pengurus United sekarang, yang juga rakan pasukan Ronaldo satu ketika dahulu, Ole Gunnar Solskjaer, berkata:



"Sudah ketandusan perkataan untuk menggambarkan Christiano. Beliau bukan sahaja pemain yang hebat, tapi juga insan yang menakjubkan.



"Untuk terus memiliki keinginan dan keupayaan untuk bermain di tahap tertinggi untuk tempoh masa yang lama memerlukan seseorang yang benar-benar istimewa.



"Saya pasti beliau akan terus mengagumkan kita semua dengan persembahannya di padang dan juga menjadi contoh yang baik kepada para pemain muda kita."



Ronaldo telah dikaitkan dengan seteru United, Manchester City, sebelum beliau memilih ke Old Trafford di mana beliau memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana, satu piala Liga Juara-Juara Eropah, dua Piala Liga dan satu Piala FA selain kejuaraan Piala Dunia Kelab Fifa dan Piala Sumbangsih.



Solsjkaer boleh memilih untuk menurunkan Ronaldo dalam perlawanan menentang Newcastle United di Old Trafford pada 11 September ini. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >