Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Russia panggil duta Perancis, bantah peminat bola sepak ditahan di Euro 2016

Jun 16, 2016 | 12:00 PM



PARIS: Russia memanggil duta Perancis untuk membantah mengenai penangkapan penyokong Russia di kejohanan bola sepak Euro 2016, yang dicemari pergolakan samseng.



Di tengah-tengah tindakan keras yang semakin meningkat mengenai keganasan semasa perlawanan, pihak berkuasa Perancis mengumumkan pada lewat Rabu (14 Jun) enam lagi rakyat Russia telah ditahan, manakala tiga rakyat negara itu dan seorang dari Ukraine telah dihantar pulang.



Penahanan penyokong negaranya dalam sebuah bas di selatan Perancis disifatkan oleh Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, sebagai "benar-benar tidak boleh diterima".



"Kementerian Luar Russia memanggil Duta Besar Perancis Jean-Maurice Ripert," kata kementerian itu pada Rabu, sambil memberi amaran bahawa "menyalakan lagi sentimen anti-Russia... boleh memburukkan lagi suasana dalam hubungan Russia-Perancis".



Ia menuduh Perancis melakukan "langkah-langkah diskriminasi dan sembarangan terhadap rakyat Russia".



Bagaimana Perancis selar Russia dengan Menteri Luar Jean-Marc Ayrault berjanji peminat yang ditangkap akan dilayan dengan adil.



"Sama ada mereka orang Russia, British, mereka akan dilayan dengan cara yang sama oleh keadilan Perancis. Kebanyakan mereka berkelakuan baik, bermaruah, dengan cinta pada sukan itu," katanya semasa satu lawatan ke Jerman.



Polis Perancis menahan sekumpulan 43 penyokong Russia dalam sebuah bas berhampiran Marseille pada Selasa berkaitan pertempuran sebelum dan semasa perlawanan Russia menentang England Sabtu lalu.



Kumpulan itu termasuk pesimpati puak kanan Alexander Sharygin, yang mengetuai persatuan penyokong bola sepak Russia.



Polis Perancis telah membebaskan 11 daripada 43 orang itu pada Rabu. Pegawai Perancis berkata yang lain mungkin didakwa atau diusir dari negara itu.



Lebih 4,000 polis dikerahkan ke jalan-jalan di Lille, yang dibanjiri beribu-ribu peminat Russia dan England untuk melihat Russia tewas kepada Slovakia 1-2, menjelang perlawanan England-Wales di Lens pada Khamis.



Pertempuran meletus tetapi cepat diredakan oleh skuad rusuhan yang menggunakan perisai, gas pemedih mata dan bom cahaya.



Seramai 36 orang ditangkap dan 16 dimasukkan ke hospital.



Di Marseille, pendakwa percaya mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa beberapa peminat Russia kerana terlibat dalam keganasan Sabtu lalu.



Enam peminat England telah dipenjara bagi pelibatan mereka.



Di Lille, penyokong English yang separuh mabuk menyanyikan lagu anti-Russia dan anti-Eropah dan menendang bola di atas kepala polis rusuhan yang memantau mereka.



Peminat Russia kadang-kadang bersemuka dengan lawan mereka tetapi tidak pertempuran besar-besaran yang merosakkan sukan gelap di Marseille tidak berlaku. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >