Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Safuwan Baharudin Atlit Terbaik Straits Times 2013

Feb 28, 2014 | 03:10 PM



PEMAIN bolasepak nasional Safuwan Baharudin baru sahaja dinamakan sebagai Atlit Terbaik Straits Times 2013.


Safuwan, 22 tahun ialah atlit lelaki pertama dan atlit sukan berpasukan pertama yang diberi penghormatan itu sejak anugerah yang ditaja oleh 100PLUS itu dimulakan dalam 2009.


Tunggak pertahanan pasukan nasional dan LionsXII itu menerima anugerah tersebut daripada Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong, dalam majlis di Hotel Grand Copthorne Waterfront sebentaran tadi.


Antara calon lain untuk anugerah edisi keenam itu ialah pelari pecut nasional Dipna Lim-Prasad, juara dunia biliard Peter Gilchrist dan bintang kolam renang Joseph Schooling.


Safuwan dipilih bukan sahaja kerana keperkasaannya membendung pemain lawan untuk mempertahankan gol sendiri malah kerana ketajamannya menjaringkan gol penting untuk kelabnya LionsXII. Beliau juga antara tunggak pasukan nasional bawah-23 tahun yang meraih pingat gangsa di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Myanmar.


Panel lapan pengadil tahun ini dianggotai oleh editor sukan Straits Times Marc Lim, naib president Majlis Sukan Olimpik Nasional Singapura Low Teo Ping, atlit gimnastik Lim Heem Wei, bekas pemain bola jaring nasional Jean Ng dan bekas bintang badminton Ronald Susilo.


Menurut Lim, walau kesemua calon adalah pemenang dan merumitkan tugas panel pengadil, Safuwan dipilih kerana pertunjukan konsisten dalam setiap perlawanan yang disertainya.


ANWAR YAHYA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >