Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK RIO 2016

Saiyidah Aisyah layakkan diri ke ke suku akhir

Aug 06, 2016 | 10:09 PM



DETIK bersejarah menjadi lebih manis bagi pendayung nasional Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee apabila beliau melayakkan diri ke suku akhir acara mendayung perseorangan perempuan 2,000 meter di Sukan Olimpik Rio 2016 malam tadi (Sabtu, 6 Ogos waktu Singapura).



Saiyidah Aisyah, 28 tahun, mencatat masa 8 minit 44.71 saat (8:4.71) dalam perlumbaan saringan untuk merampas tempat ketiga, sekali gus menempah tiket di suku akhir  sebagai  peserta ke-17 terpantas dalam kalangan 32 pendayung di Rio 2016.



Suku akhir dijadual berlangsung pada 9 Ogos nanti.



Awal tahun ini, Saiyidah mencatat sejarah sebagai pendayung nasional negara pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik.



Sementara itu, ratu renang negara Quah Ting Wen gagal melayakkan diri ke separuh ahir acara 100 meter gaya kupu-kupu selepas mencatat masa 1 minit 0.88 saat dalam perlumbaan saringan. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan adalah perenang ke-35 terpantas dalam kalangan 45 peserta. Peserta terpantas ialah perenang Sweden Sarah Sjostrom yang mencatat masa 56.26 saat.



Jasmine Ser pula gagal melayakkan diri ke pusingan akhir acara menembak 10 meter senapang udara selepas menamatkan peringkat kelayakan di tangga ke-25 antara 51 peserta.



Beliau akan bertanding dalam acara kegemaran 50 meter senapang udara tiga posisi pada Khamis ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >