WTA BNP PARIBAS SINGAPURA

Sharapova tersingkir walau menang

WALAU memenangi perlawanan pertamanya di Singapura, pemain nombor dua dunia Maria Sharapova tersingkir dari kejohanan Persatuan Tenis Wanita (WTA) BNP Paribas, sekali gus melenyapkan peluangnya merampas kedudukan pertama di ranking dunia daripada Serena Williams.

Sharapova yang tewas dalam kededua perlawanan pertama awal minggu ini, menewaskan Agnieszka Radwanska 7-5 6-7(4) 6-2 di Stadium Tertutup Singapura petang Jumaat.

Beliau perlu menundukkan Radwanska dalam dua set dan menjuarai kejohanan penghujung musim ini demi mengatasi Williams di ranking dunia.

Namun, walau mendahului set kedua 5-1, Sharapova gagal menyudahkan set kedua, membenarkan Radwanska bangkit menyelamatkan tiga match point dan memenangi lima set berturut-turut.

Sementara itu, bintang Denmark Caroline Wozniacki menempah tempat di separuh akhir tanpa kalah selepas menewaskan Petra Kvitova 6-2, 6-3 dalam perlawanan kedua.

Beliau disertai Radwanska dan Simona Halep di separuh akhir yang bermula 2.30 petang di Stadium Tertutup esok.

 

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.