Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuad bola sepak cerebral palsy buka tirai APG dengan kemenangan 1-0 ke atas Indonesia

Dec 03, 2015 | 12:27 PM



PASUKAN bola sepak Cerebral Palsy (CP) Singapura membuka tirai pertandingan bola sepak dan acara pertama di Sukan Para Asean (APG) ke-8 dengan kemenangan 1-0 ke atas Indonesia di Stadium Negara pagi tadi (3 Disember).


Meskipun kededua pasukan gagal memecahkan kebuntuan dalam babak pertama, kapten Singapura, Khairul Anwar Kasmani, menjaringkan gol penentuan dari jarak jauh pada minit ke-59.


Singapura juga mempunyai beberapa peluang keemasan untuk berada di depan, namun kecemerlangan penjaga gol Indonesia, Amin Rosyid, menghalang percubaan mereka.


Kemenangan ini menjadi petanda awal yang baik bagi Team Singapore untuk mencapai sasaran pingat emas kali ini.


Jurulatih Singapura Mohamad Zainudeen, turut memuji semangat juang anak didiknya yang tidak putus asa hingga ke wisel penamat.


"Pada separuh masa pertama, saya mendorong mereka untuk tidak menyerah. Amat mencabar bagi mereka tetapi mereka menunjukkan semangat yang kuat untuk teruskan permainan," katanya.


Pasukan bola sepak CP Singapura akan meneruskan saingan di APG ini dengan menentang Myanmar pada Sabtu ini (5 Disember) di Hab Sukan Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >