Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Sterling terbuka tinggalkan Man City, aksi di luar England

Oct 16, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Penyerang Manchester CIty Raheem Sterling mengatakan beliau terbuka kepada peluang beraksi di luar negara sekiranya beliau tidak diberikan lebih waktu bermain di Stadium Etihad.



Pemain antarabangsa England itu, yang kontraknya akan tamat pada 2023, berkata memang menjadi impian "sejak usia muda" untuk beraksi di luar Liga Perdana England.



"Sekiranya ada peluang untuk bermain di tempat lain, saya terbuka untuk rebut peluang itu," kata Sterling, 26 tahun.



"Pada masa ini, bola sepak adalah perkara yang paling penting bagi saya."



"Saya sentiasa fikir bahawa mungkin suatu hari nanti saya mahu bermain di luar negara dan melihat bagaimana saya berdepan cabaran itu."



Sterling hanya memulakan satu perlawanan Liga Perdana sejak permulaan musim baru ini walaupun beliau dibariskan dalam skuad Pep Guardiola semasa kekalahan pusingan kumpulan Liga Juara-Juara kepada Paris St-Germain pada 28 September.



Ketibaan rakan sepasukan England Jack Grealish dari Aston Villa dengan bayaran £100 juta ($185 juta) meningkatkan persaingan di barisan serangan City, meskipun ketiadaan Ferran Torres selama sekurang-kurangnya sebulan akibat kecederaan patah kaki mengurangkan pilihan yang Guardiola miliki.



Sterling menyertai City dari Liverpool pada 2015 dan memenangi Liga Perdana tiga kali, Piala FA sekali dan Piala Liga empat kali.



"Saya bukan seseorang yang suka mengadu," katanya ketika berucap di sidang kemuncak FT Business of Sport US. "Saya tidak suka memperbesarkan perkara ini lebih daripada apa ia sebenarnya. Saya hanya mahu beraksi, bermain bola sepak dan menjaringkan gol untuk pasukan."



Namun, difahamkan Sterling tidak berminat menandatangani perjanjian baru sehingga beliau kembali bermain secara kerap, sekali gus membuka peluang baginya memenuhi cita-citanya bermain di luar negara. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >